Malaikat mengumpat manusia

Assalamu'alaykum..
Apa khabar? Mesti semua sibuk study, nak dekat cuti Christmas ni, so mmg exams every week la sebelum you're allowed the time off. Takpe, sabar, sabar, medic memang macam ni...

Ok, tadi Asma pergi usrah, tapi bukan dengan Manees dah, dengan group baru... [Kami baru ada reformation of usrah groups, manees disbanded..]
Fortunately, Asma masih usrah dengan Kak Bee, so seperti biasa, Kak Bee ada cerita yang menarik..

Kami tengah berbincang tentang betapa rahimnya Allah swt.
Kak Bee pun mula membuka mulut dan berceloteh sebigini:
"Allah itu Maha Rahim..."

Kami angguk2.

"Nanti pada hari hisab, akan ada seorang hamba Allah ini yang tak pernah membuat kebaikan pun di dunia!"

Kami bermasyaallah..

"Maka tiada amalan yang boleh membawanya ke syurga. Tetapi, jeng3, Allah Maha Rahim di sini pun memanggil malaikat. Malaikat pun datanglah. Allah berfirman kepada malaikat bahawa dulu waktu Allah mahu menjadikan manusia, malaikat telah menentang dan mengatakan manusia ni hanya akan saling berbunuh dan membuat kerosakan di bumi. Allah berfirman, sesungguhnya kamu malaikat telah MENGUMPAT manusia, maka segala pahala kau perlu diberi kepada hamba ini.

Maka masuklah hamba itu ke dalam syurga.."

Kami europhia sekejap. Allah memang sayang kita. Sengaja Allah menggunakan malaikat dan apa jua alasan untuk top up kan amalan kita.
Ok, itu aje, tak banyak pun tapi memberi impak besar pada hati2 kami yang berada di situ. Dosa setinggi mana pun, there is still hope sebab luasnya sifat Rahim Allah itu..

3 comments:

Lynalysa | January 15, 2011 at 4:47 PM

Subahanallah..tiba-tiba rasa segan pulak dengan Allah bila baca this post..thanks asma for the nice story!

zinnirah | March 1, 2011 at 7:32 PM

sememangnya ALLAH itu tersangat100 pengampun lg penyayang sifatNya..ermm..,sy pun nk berkongsi sedikit cerita tntg sifat penyayang Tuhan kita..

Pada hari perhitungan kelak, akan ada 2 org kumpulan manusia. both these group banyak berbuat dosa semasa hidup di muka bumi dahulu.

1st grup tu, bila ALLAH menghalaunya setelah menghisap amalannya(if i'm not mistaken, kalo salah tlg betulkan ea), dia pun berjalan perhalan2 sambil menoleh ke belakang mengharapkan ampunan dari ALLAH, berjalan sikit, toleh belakang lg, berjalan lg, toleh ke belakang jugak lg..perbuatannya itu diulang2 sehinggakan ALLAH berasa kasih terhadap hambaNya..lalu, ALLAH pun mengampunkn dosa hambaNya itu, lalu dimasukkan ke syurga..subhanallah...

yg 2nd grup tu plak, bila sudah dihitung amalannya, atas dosa2 dan keingkaran yg dilakukan semasa dunia dahulu, lalu ALLAH memutuskan neraka adalah tempatnya. Dan, dgn sepantas kilat, dia pun LAJU berlari menuju ke neraka. Lalu, ALLAH pun bertanya kepada hambaNya itu, apakah yg mendorongnya berbuat demikian.Hamba itu menjawab, "semasa di dunia dlu aku tidak pernah menunaikan arahanMu, biarlah sekali ini ak patuh akan arahanMu ya ALLAH.." (lebih kurang cam2 la maksud dia).. Lalu, ALLAH yg maha bersifat pengampun dan penyayang terus mengampunkan hambaNya itu dan dimasukkan ke dalam syurga..subhanallah...

syg sungguh ALLAH pd hamba2Nya walaupun banyak kemungkaran yg telah dilakukan oleh kita..(bercakap kpd diri sendiri)

thanx for the en3. ^_^

Aku Hanya Seorang Umar | April 18, 2011 at 1:08 PM

salam wbt,
sayu sgt hati bila baca entri ni
keep it up akk ! ^_^