Daughter of a Father

Assalamualaikum..

Hari ni mesti semua orang busy dengan hidup masing2 kan? Exam HISTOLOGY and EMRYOLOGY minggu depan depan. Tapi hari ni saya x mampu nak fokus. Jadi blog MANEES sekali lagi menjadi mangsa.

Family saya sekali dengan Opah saya gi balik Kelantan. Maka, skype date dgn family hari ni dah dicancelkan. Saya x leh study kalau dah seminggu x cakap dengan Mak, Abah dan adik2. Rasa mcm ada benda x buat lg.

At times like these, saya teringat ayah saya, saya panggil Abah. Jadi entry kali ni saya nak cerita pasal betapa besarnya influence seorg ayah pada anak perempuannya, a.k.a. saya. Oleh sebab saya ada seorg je ayah, maka saya akan cerita tentang ayah saya, bukan ayah kamu. Jadi jangan anggap entry ini hal personal saya sebab benda ni universal, kamu mesti boleh kesan yang cerita Abah ada persamaan dengan ayah kamu. So clear eyh? Saya bukan nk ckp psl ayah saya je.

Now that we’ve past the evasiveness, lets continue..

I have the uttermost respect towards my father. I don’t know when I began respecting him, I just know I do. Bila ckp pasal ayah, hati saya jadi lembut,fikiran mula menerawang tentang habit Abah, kata2, waktu2 dia ketawa, rupa Abah waktu tengah buat kerja, cara Abah duduk kat ruang tamu, waktu Abah bila dia mcm comel2. Dalam hati terdetik “Ah~, Ma sayang Abah.”

Hee, geli ke? Lantaklah.

Abah selalu ckp: “make mistakes in life.” Jangan takut buat silap. Maka jadilah kami adik beradik sekumpulan org2 yg confident, selalu cakap apa yg kami rasa. X kisah org gelakkan kami. Kadang2 kami terlampau direct. Kami x faham kalau org ckp subtle2 ni, kalau nak tegur kena direct. Sbb kami mmg dari kecik saling lawan mulut. Apa yang disuarakan, itulah yg dikira, kalau x disuarakan maksudnya x wujud. Abah suka tengok gelagat kami lawan mulut, dia pengadil. Dia akan tengok siapa yg ade point dan akan ckp, “Uda ade point, Alang, mengalah kali ni ye?”

Abah juga selalu galakkan kami enjoy life, spend time together. Abah x suka kalau kami asyik study je, atau main computer je. Abah nk buat benda yg semua org boleh buat, macam jogging. Abah beli arnab supaya kami semua boleh enjoy feeding them together, petang2 main badminton, makan keropok lekor dpn TV. Dok saja2 kena picit Abah. Ada pernah suatu hari tu, abah ttba cdgkan kita semua gi Terengganu sbb abah rindu nk makan otak2. 10 minit lepas tu, kami pun berangkat, dok Terengganu setengah jam, pastu balik hari tu jugak, sbb apa? Sbb nk mkn otak2 punye pasal. Abah mmg enjoy life. And he drags us along with him so ktrg pun jadi seronok jugak.

Tengok, influence Abah pada kami begitu besar. How we think and how we do things depend on what he taught us.

Abah bangga dgn anak2 nya and he made it clear everytime. Kalau kami berjaya, dia ckp: “I’m so proud of u cuz ure hard work paid off.” Kalu kami x berjaya, abah akan tanya, “Adakah kamu dah usaha? Dah tawakkal? Kalu dah, abah bangga dgn kamu bcuz of ure hard work.” Tiada istilah berjaya atau x berjaya. Yang ada cuma usaha dan x usaha. Kalau berjaya pdhal x berusaha, abah x kan kata dia bangga.

Maka sekali lagi, jadilah kami insan yang yakin diri dan mempersetankan pandangan orang lain.

Abah suka philosophy dan psychology. Abah tgk manusia ni amusing. Kelakar. Interesting. Kadang2 noble, kadang2 stupid. Abah tgk gelagat org sekeliling tiap hari dan akan text message us about it. Dia akn cerita ape yg dia nmpk, ape interpertasi nya. Dan kami adik beradik waktu mkn akan bincang dan suarakan pendapat kami pula. Kami suka lawan pendapat abah, abah senyum dan dgr je hujah kami. When I look at his smiling face in the middle of our fight, I thought, "Abah, you're enjoying this ain't you?"

I feel a spasm of pride washing through me whenever Abah cakap "You guys turn out exactly how I wanted you to be."

Kadang2 abah akn baca buku2 psychology dan sociology. Abah suke baca mcm mana kita boleh manipulate org lain, mcm mana nk berckp dgn org lain, mcm mana nk tegur. Abah akan senyum bila dpt tahu sesuatu yg baru. Kadang2 kami takut tgk abah2 senyum sorg2, dgn mata penuh dgn rancangan. “Memanipulasi org lain adelah surviving skill”, kate abah. “U’ll need it when u start working in a big company where ppl around u are as good as u but u wanna appear more dependable in front of ure boss. Hihi.”

Ye, abah menakutkan juga kdg2.

Abah akan kejut kami bangun subuh. Abah kejut dgn menyanyi kuat2 kat telinga kami. Kami yg rimas ni terpaksa bangun nk jauhkan diri.

Kalau kami dok saje2 ptg2 tu kan, abah akan tanya, “Along syg abah x?”

Kdg2 sy jwb x. Saje. Pastu abah akan ckp “Alaaa~ syg la abh.” Sy akan gelak.

Kalu sy ckp syg, abah akan tanya pulak, “Besar mana?” Jawapan skema: “Syg besar mcm beribu2 lemon.” X taw kenapa lemon tp itulah jwpn skema ok? Pastu abah akan tanya “Syg abah sbb abah ni ayah kamu ke atau sbb abah ni a great guy?” Kalau tgh mrh dgn abah, sy selalu ckp, “Sbb abah ni ayah ma.” Kalau tgh ok, sy jwb “both.”

Hihi, geli x dgn perbualan kami? Dipersilakan muntah.

Abah suka ckp psl agama. Ada sesi Taklim wa taklum, iaitu “belajar dan dipelajari” kalau abah ada masa antara maghrib dan isya’. Abah akan keluarkan buku fadhail amal, iaitu buku hadeeth. Kata abah sekali, “Buku ini lagi tua dari along(saya). Hormat ye?”

Abah ajak adik2 laki gi masjid waktu masuk azan. Abah akan tegur mak saya dan anak2 perempuannya supaya jgn pakai singkat2 sangat.

Abah tak pernah mrh kami, selalu tegur elok2. Dan kadang2 subtle, mcm abah akan ckp, kalau uda pkai ni, mesti ramai org ada bad intentions towards u, yelah, uda ni lawa. Its always the little things like these that we would take heed of.

Tapi kalu bab sembahyang! Huh! Jangan harap Abah nak lembut2.

Abah jugak pandai berinteraksi dengan anak2.

Kalau kami nak something, abah takkan kasi saja mcm tu. Kadang2 abah akan kata, boleh, tapi kena cium dulu. Kami pun kata “Ewww!! Gross abah!” Tapi kami cium jugak, nak barang punye pasal. Sebab dah biasa, dari kecik sampai besar, peluk dan cium mmg selalu diberi oleh abah. Abah cium adik lelaki saya, abah cium mak saya, opah, mak sedara, tok ayah. Semua dalam rumah selalu kene cium,

kecuali bibik, of course.

Dan kadang2 kalau kami nak something abah akan sengaja x kasi dulu. Dia nk tgk mcm mane kita negotiate dgn dia.

Dan kadang2 no means no. Kami sekeluarga kena pandai baca muka abah, bila dia gurau, bila dia serious.

Abah respect orang lain. In turn, orang lain pun akan kembali respect abah. Abah akan minta izin untuk guna internet kat rumah, sebab nak hantar e-mail, padahal computer tu bkn kami punya, abah punya. Abah minta kami teman dia breakfast sebelum gi kerja, padahal bukan ke mmg tugas kita mkn same2 sekeluarga? Abah minta izin nak beli mesin urut belakang, padahal bkn kami yg akan bayar.

Orang ditempat kerja mungkin akan ingat ayah saya ni bengis, selalu marah, kata2 pedas, direct. Tapi bila ayah kat rumah, abah switch off mode office abah tu dan abah jadi abah.

Abah balik malam, nk dekat Isya’. Bila balik, kami rebut2 salam abah, tapi! Kami akan pastikan dah siap semayang. Kalau kami dgr kereta abah masuk parking lot, sape yg x semayang lg tu terkocoh2 gi ambik wudhu’ nak semayang maghrib. Sebab time salam tu abah akan tanya, dah semayang blom? Kalau blom, nnt abah akan marah. X pasal2 nnt waktu mkn, udara mcm berat je. Abah akan bad mood. Kami x suke abah mood, bknnya dia akn bebel, pukul pun tidak, tapi kami mmg x boleh kalau abah marah. Rasa x best. Mak boleh bebel dari pagi sampai malam kami x kisah, tapi kalau Abah bagi "the look" je, terus ktrg buat apa yg disuruh.

Power x powernya influence seorang ayah.

Benda2 mcm ni yang saya ingat pasal ayah saya. Benda kecik macam nilah. I don’t remember my dad as the author of an article in a magazine about finance, I don’t remember him as the one who did part time jobs when he was a student so that I can have comfortable diapers to pee in, I don’t remember him as a person who goes to India and Vietnam for tabligh, I don’t remember him as the person who can solve budget problems dgn selamba, I don’t remember him as orang hensem. (ayah saya hensem, I wish it wasn’t true, but he is). Tapi I remember him as the one who likes to kiss, hug, talk about life, respect org, mahu diteman setiap masa, text ppl about his daily encounters. I remember my dad as my dad. Orang mcm nilah saya respect. Sbb kalu nk ckp psl org yg do big things, yes, mmg hebat tp x sama perasaan sy terhadap abah. Rasa hormat berbaur sayang. Mcm nilah influence abah pd kami sekeluarga. A great man he is. Bilamana saya terfikir betapa beruntungya saya dapat abah as my abah, saya pun doa dan harapkan dalam hati nak dpt seorang lelaki yang boleh jadi ayah yang macam Abah untuk anak2 saya.

Anak perempuan dengan ayahnya ada hubungan yang lain dari yang lain. Anak perempuan tend to be in awe of their father, samada mereka ngaku ke x. Kemungkinan besar wanita akan memilih pasangan hidup yang reminds her of her father. Sebagaimana saya in awe of my father, kamu juga mesti in awe of your father juga kan? Sadly, our respect doesn't always translate into actions. Sentiasa bersikap buruk to our father, eventhough you respect them and love them. Kita kena tunjuk kita sayang ayah kita, sebagaimana ayah kita tunjuk yang dia sayang kita. Well, sebenarnya, kalau dia x tunjuk pun kita kena tunjuk jugak. Just knowing that you love him is not enough for him. Balik ni buat baik, cakap lembut, picit ayah, peluk ke.

Maka dan sesungguhnya Asma stop disini. Sorry kalau macam personal sangat. But I think that loving our parents and talking great things about them is in line with what the Deen is teaching us, no? There's a reason why there's a term "father figure" and not mother figure or daughter figure or even son figure. There are some things that only a father can do. And there are some things that only a daughter can do too.

JOM TIDUR DENGAN SAYA

```بسم الله الرحمن الرحيم```


Mari2, belajar tentang tidur. Benda ni buat tiap hari, kita buat, dan orang lain pun buat. So make sense la kalau kita nak perbaiki tidur kita dan tidur orang lain sebab if there's a better way to do daily routines, dapat pahala lebih free2 je, you would probably want to know how.

TIDUR AKU

1) Pastikan kita bukan dalam keadaan:
  • baru lepas makan
  • marah, sedih, kecewa dsb
  • waktu solat Asar, sebelum solat Isya', dan waktu Subuh
Dan pastikan kita:
  • tidur awal- amalan Rasulullah
2) Ambil wudhu'

3) Pilih tempat tidur sesuai dan agak2 sesuai untuk manusia: sebab tu lah, walaupun suka tidur atas lantai, sejuk, best ke apa, jangan jugak sebab tidak sesuai.
  • Nota: antara TEMPAT YANG TAK BOLEH TIDUR ialah tempat yang terbuka tanpa penghadang (daripada jatuh) seperti veranda bangunan yang tiada pagar.
  • Bumbung rumah-yes, it may sound stupid, takkan la ada orang tidur atas bumbung, tapi memang ada orang buat camtu. Skoda..
  • Bagi perempuan
    jangan tidur di khalayak ramai
4) Kebas tempat tidur 3 kali

5) Apabila baring, kepala menghala utara(N) kaki ke selatan(S), iringkan badan ke kanan.
  • Nota: Di larang :tidur menelentang bagi perempuan dan di larang tidur tertiarap bagi dua2 jantina.

6)
Sebelum tidur:
  • Mula2 muhasabah diri dulu. Mintak ampun.
  • Baca ayat Kursi, 3 Qul dan 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
  • Baca doa tidur: بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

  • Baca doa amalan Rasulullah sebelum tidur:
Allahumma qinii yauma tab'atsu'ibaadaka
"Ya Allah, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Engkau bangkitkan kembali segenap hamba2Mu."

A'udzu bikalimatillaahi taammati min ghadhabihi wa syarru 'ibaadihi, wamin hamazaathisy syayaatiini wa an yadhuruuna
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya kejahatan hamba2Nya, dan gangguan syaitan dan keburukan meraka ke atasku."
  • Kemudian, fikir tentang perkara baik2, fikir tentang Allah, fikirkan kebahagiaan sebab kita akan bangun pun dengan perasaan sama seperti sebelum tidur.
Kalau budak kecik tidur dalam keadaan nangis, bila bangun akan nangis. Kalau baby tidur hisap botol susu, apabila sedang dan selepas tidur pun akan tergerak juga mulut dia macam hisap sesuatu. Jadi kita ni, jangan fikir benda2 sedih, jangan tidur dalam keadaan marah, kecewa, dsb. Sebab nanti bangun akan rasa kurang sedap juga.

  • Azam bangun awal
7) Kalau mimpi buruk, jangan cerita dekat orang lain dan jangan "dwell" on it, jangan fikir. Tapi kalau mimpi baik, kalau NAK ATTENTION, boleh cerita dekat orang. (gurau...kot)





*nota tambahan: MENGUAP-perlu tahan sedayanya ataupun tutup mulut dengan tangan, jangan sampai terucap "ha" sebab kalau terucap "ha" tu, syaitan akan ketawakan kita.



TIDUR DIA

Kita disunatkan kejut:

1) Orang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah masuk.


2) Orang yang tidur depan orang solat iaitu orang yang duduk kat laluan Qiblat.


3) Orang yang tidur atas bangunan tanpa penghadang (dari jatuh)

Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang tidur atas permukaan bangunan tanpa penghadang (yang menghadangnya daripada jatuh), sesungguhnya telah terlepas tanggungjawab mana2 pihak (sekiranya jatuh)"


4) Orang yang tidur separuh badan kena cahaya matahari dan separuh lagi dalam teduh.


5) Orang yang tidur waktu Subuh.
(bukan sahaja makruh kita tidur time ni, sunat pulak kita kejutkan orang lain)
  • Nabi saw: "Tidur Subuh menegah rezeki"
  • Umar Abdul Aziz berkata kepada anaknya yang tidur waktu Subuh: "Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur"

6) Orang yang tidur sebelum solat Isya'.
  • Nabi tidak suka tidur sebelum solat Isya' dan sembang2 selepasnya.

7) Orang yang tidur selepas solat Asar.
  • Nabi saw: "Sesiapa yang tidur selepas solat 'Asar dan hilang akalnya, jangan mencela selain dirinya sendiri"

8) Orang yang tidur dalam rumah seorang diri.


9) Perempuan yang tidur menelentang


10) Orang yang tidur meniarap
  • Nabi cakap ini cara tidur ahli neraka Jahannam

11) Untuk Qiamullail
(bukan sahaja sunat kita bangun malah sunat juga kita kejutkan orang sama)


12) Untuk Sahur




Sekian, semoga semua happy tidur lepas ni, jangan ada istilah "sleep it off" apabila sedih dan frust.



Asma dapat maklumat dari ukhti di Dublin, comel orangnya:

.:ADAB MENDENGAR AZAN:.

With the name of Allah, The Most Gracious Most Merciful.



InsyaAllah hari ni suka untuk berkongsi dengan readers skalian.
ingat kah lagi kita akan adab-adab mendengar azan? bagi most of us yang blajar di obersea, pasti kita jarang skali berpeluang utk mendengar azan berkumandang secara trang tang-tang; in which might result in different action if we were in Malaysia.

sekadar mengingati diri sendiri dan ukh2 yang tersayang tiada bandingan, bila terbayang hati melayan~~~ >,<
hehe..

ok, back to the main topic.
bukan hanya perasan kat orang lain, tapi diri sendiri ni pun slalu buat benda ni. =.=
mentang-mentang lah azan kat dlm lappie je, 
kalau dengar lagu, xreti nak tutup,
kalau tengah cakap, xsampai hati la kunun nak stop.
bukan kita xtahu adab-adab bila dengar azan.
bukan xpernah diberitahu adab-adab bila dengar azan.
tapi nafsu dalam hati giler punya liat, setan pun sedap berbisik kata-kata chenta yang bakal mengheret kita ke neraka JAHANNAM!

hmmm..
kematian itu adalah benda yang ternyata. *abaikan penggunaan perkataan yang pelik. ^^,
bak kate omputih, 'DEATH IS CERTAIN'...
hanya masa & waktunya aje yang kita xtahu.
kakB pun xtahu, 
babcia pun xtahu, 
marek yang muka macam robin sidekick batman pun xtahu even dia exempted Final Anat~ pfffttpfftt..

cuba kita amati, kenapa kebanyakan orang yang nazak *hampiri ajal* tidak dapat berkata apa-apa pun?
kelu lidahnya membisu, hanya mimik wajah dapat menggambarkan betapa sakitnya berhadapan SAKARATULMAUT!

diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:

Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak, Allah akan kelukan lidah mu ketika maut menghampiri.

selalu dah kita dengar, it's nothing new.
tapi selalu jugak kita buat2 xdengar, and now it's time to reinforce it back into our mind and soul!
sebagai umat Islam kita wajib untuk menghormati azan.
kalau nyanyi lagu Negaraku kita boleh berdiri tegak x berkutik, *asma, klau x tahu yang ni tanya qila k* kenapa susah betul kita nak diam sebentar bila dengar azan?
tepuk dada, tanya iman.
lantas sesiapa yang berbicara dan tidak menghormati azan, janji Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
bila kelu lidahnya ketika nazak, maka bagaimana seseorang itu dapat mengucapkan Miftahul Jannah;
Laa ilaha illAllah Muhammad rasulullah..

our key to heaven. KEY TO HEAVEN
and we couldn't even recite it at the most crucial moment when it can just glide deftly from our mouth in our daily life.

x sedih ke bila bayangkan macam tu? (Y_Y)
oleh itu, suka untuk qila ingatkan agar kita sama-sama menghormati azan.
mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa menghadapi sakaratulmaut.

'Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucap kalimahMu yang agung 'Laa ilaha illAllah Muhammad rasulullah' semasa sakaratulmaut menghampiri kami.'

Amin..amin..amin yaRabbala'lamin.

Subhanallah.

Mari Berfikir...

Assalamualaikum semua :)
Sihat semua? study baik2 ok. ayuh berjuang! :)
pesan Kak Bie- musim2 exam ni mutabaah amal ok ke??hihi
Ini ada cerita best (tukang cerita kembali), copied from iluvislam. Buat kita berfikir.. :) nampak kecil, tapi BESAR sebenarnya.





Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?


Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.


Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.


Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).


Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)






Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.


Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).


Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)


Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.


Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?


Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.


Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?






Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).


Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).


Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).


Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.


Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??


Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.


Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.


Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.


Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.




Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut





Source click here.

*ada dengar baru2 ni malaysia punya government dah approve judi untuk bola tu./ sedih dgn negara islam kita :(

By the way, ada cerita best nak cerita ni.. :p tajuk dia 'Gunung menangis kerana takut dijadikan batu api neraka.'
haaa lebih kurang mcm tulahh... Tunggu~~
Do widzenia!
maassalamah...