Baa-ber black sheep.

Assalamualaikum buat semua...


Sebenarnya nak cerita, hari tu pg usha link seorang rakan dkt fb, pasal 'Does God exist?'. kalau kita jawab mesti la yes of course. Ha mehlah baca carita ni. Rasanya ramai dah tahu. just nk cerita balik. 
(cerita diubah suai bahasa bagi menambah cream)




Satu hari yang tenang dan damai, disebuah bandar yang permai, terdapat seorang lelaki yang boleh tahan kacak, poket boleh tahan tebal dan perut boleh tahan banyak-sikit-kedepan, sedang berjalan2 dekat deretan kedai. Tiba2 dia berfikir sambil menggaru2 kepalanya. secara tak sengaja, dia telah merasakan rambutnya lebih panjang daripada biasa. Lalu, dia segera pergi ke sebuah kedai kecil (alhamdulillah, duit banyak tapi zuhud pula) iaitu kedai gunting rambut untuk potong rambutlah. Beliau masuk kedai itu dan minta penggunting rambut memotong rambutnya... Tiba2 (masukkan muzik suspense disini)

Barber : Tuhan tidak wujud.
Si Kacak : Kenapa awak kata begitu? (eh3 ***** betul dia ni. opps, sila husnu zhon)
Barber : Kalau tuhan wujud, kenapa ada orang miskin, kenapa ada perang sana sini, kenapa ada orang kebuluran, kenapa ramai kanak2 mati etc.. (amboi panjang pulak membebel)
Si Kacak : Hmmm... (berfikir. kalau anda nk jwb apa?)
Barber : (sambil senyum bangga menyangka bahawa dirinya betul dan bijak menggunkan otaknya) kan saya dah cakap.. betulkan? kalau tuhan itu hebat, mengasihani hambanya, takkan ada benda2 sebegitu..

Si Kacak diam lagi... heh diam pulak. tak kacak sungguh.. dia terus berfikir dan berfikir sampailah rambutnya habis digunting.. Dia keluar kedai, barber masih senyum bangga. Tiba2 dia ternampak seorang yang kusut masai dan janggut tak bershave kemungkinan 4 bulan, dah tak nampak muka. Gile ah! Dia terus terfikir dan cepat2 masuk ke kedai semula..




Si Kacak : Barber tidak wujud! (waah berani pulak..kacak2)
Barber : Eh apa ke tak betulnya awak ni. dah tu saya disni apa???? (nada marah, muka merah)
Si Kacak : kalau barber ada, tak mungkin ada orang kusut masai dan berambut terlalu panjang diluar sana. ramai yang saya nampak diluar sebegitu. Jadi, dengan BIJAKnya, saya konklusikan bahawa, Barber tak ada!
Barber : eh pandai2 je awak ni. Buta ke? saya barber. Barber sentiasa ada. cuma mereka yang tidak datang kepada saya. tu la pasal mereka macam tu.
Si Kacak : Senyum sinis wink2
Barber : (muka terasa dan malu tiba2)


Si Kacak memang kacak habis r waktu ni!

-SILA REKA ENDING SENDIRI-

Haa samalah tu. Tuhan tu ada, cuma mereka yang tidak datang kepada Tuhan sahaja tidak sedar yang Tuhan tu wujud. Lalu dengan, bo*oh sombongnya mengatakan Tuhan tidak wujud. Jadi, kita perlu sedar yang kita ni berTuhan. Rasa TAK SEDAR DIRI dan MALAS MENCARI yang menyebabkan kita rasa tidak berTuhan.


Wallahualam He knows best, in every single aspect.