Ohh Pepohonan!

السلام عليكم
buat warga Manees n anda2 sekalian =)
بسم الله الرحمن الرحيم

Ini summary untuk usrah on 26/3/2010. hehe maaf lambat. Sorry, przepraszam..Kesilapan teknikal najihah yang xreti2 nk manage time. My bad..:p

Hari ini usrah di pokoj numer sto dwanascie, ulica karolkowa 84. selamat datang n welcome :)

Ok usrah dimulakan pada pukul 5 ptg after solat asar, dimulakan dengan bacaan al-fatihah.

-----------------------------------------------------

T&T

Surah untuk minggu ini- Surah Ibrahim (14:24-34) Najihah really loves this part of surah dats why I wanted to share with all of you :) Tafsir Ibn Kathir (rujukan)

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ

24. Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan perkataan yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.

Tafsir-

  • Perkataan baik - merujuk kepada syahadah
  • Akar yang teguh - syahadah yang teguh dalam hati orang beriman
  • Pohon - orang yang percaya (beriman)
  • Cabang menjulang kelangit - ibarat bola besi, apabila hati baik maka good deeds (cabang) dipancarkan(eh betulke word ni?) dari dalam diri, menjulang kelangit merujuk semua amalan kita sampai terus ke pengetahuan Allah (analogi buku akaun-org kafir buat kebaikan xdpt pahala sbb dieorg masuk dlm akaun salah, dan orang islam sebaliknya)

وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ بِإِذْنِ رَبِّهَا تُؤْتِى أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ

25. (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk setiap manusia agar mereka selalu ingat.


Tafsir - memberi manfaat pada setiap masa. Ingat ye manusia, allah sentiasa memberi peringatan sebab kita mudah lupa!

مِن فَوْقِ الاٌّرْضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ َومَثلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍاجْتُثَّتْ

26. Dan perumapamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk yang telah dicabut akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tegak sedikit pun.


Tafsir- seperti ayat 24, tetapi yang sebaliknya.


Jadi, pohon yang mana satukah yang menjadi pilihan hati anda??

---------------------------------------------------------

Tamat mengenai pokok2.


27. Perbezaan orang beriman dan orang yang sesat.


28-29. orang yang ingkar nikmat Allah akan dimasukkan ke neraka jahannam


30. kerja orang2 kafir yang suka menyesatkan manusia dangan cara mempersekutukan Allah, yang eventually akan masuk NERAKA jugak!


31. Pesan allah buat orang beriman- solat, infakkan sebahagian rezeki, sebelum HARI KIAMAT (penekanan kepada - dimana tidak ada lagi jual beli dan persahabatan) menurut tafsir Ibn kathir ayat ini bermaksud - no ransom will be accepted from anyone, if he seeks to buy himself.

Ada juga yang mengatakan bahawa jual beli dan persahabatan adalah 2 perkara keduniaan yang dipentingkan manusia yang tiada nilai lagi pada hari Qiamat. Cik Aqila Halim pula memberi pendapat bahawa 2 benda ini jugalah yang menjadi simbol kesucian umat Islam - jual beli Islam tiada bunga dsb, dan ukhwah persaudaraan dalam Islam.


32-33. Nikmat2 Allah untuk manusia yang banyaknya tidak terhingga. Allah menundukkan banyak perkara semata-mata untuk manusia yang tidak pandai menghargai ini..isk3..sedarlah manusia terutamanya Najihah.


34. sesungguhnya jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya!

Setiap manusia mempunyai nikmat yang dirasakan terbaik untuknya daripada Allah. Bagi saya, nikmat rasa bertuhankan Allah adalah yang terbaik dari segala kurniaan-Nya. Kasihan pada mereka yang tidak dapat merasakannya. Rasa tidak bertuhan membuatkan saya tidak dapat menjamin hidup saya walau sesaat pun selepas ini, seperti pokok yang akarnya telah dicabut dari permuakaan bumi, yang tidak mempunyai pegangan yang kukuh SEDIKIT pun. Jika anda tidak berpegang pada tali yang kukuh itu, pada siapa lagi anda ingin meletakkan harapan? Ya Rabbul 'Izzati, kekekalanlah nikmat kurniaanMu ini dalam hati-hati kami, yang berhimpun kerana mengharapkan keredhaanMu...


"Katakanlah (Muhammad), "Terangkanlah kepadaku jika sumber airmu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?" (Al-Mulk, 67:30)

-------------------------------------------------------

K Elle


Manusia ini diibaratkan seperti 3 jenis tanah dan air hujan-

  1. Apabila datang air hujan, tanah ini akan menyerap air tersebut, menumbuhkan tumbuh2an dan menarik haiwan2, tanah ini memberi manfaat untuk yang lain juga disampaing mengambil yang baik untuk dirinya.
  2. Hujan datang, air bertakung, so tiada tumbuh2an tetapi menarik haiwan untuk minum air tersebut.. Maksudnya dia tidak memberi kepada yang lain, ambil untuk diri sendiri sahaja bukan untuk yang lain. (err K Elle kite xingat sgt pasal knape haiwan tu datang tp xberi manfaat pun)
  3. Air hujan turun dan berlalu begitu sahaja… tak ambil dan tak memberi sedikit pun…

So…. Yang mana yang terbaik anda rasa menggambarkan diri sendiri? :)

K Bie


1. Merujuk ayat 32, kita kena selalu makan buah sebab dalam Quran sendiri stated yang buah ni baik, jadi kita makan ikut cara islam kay :)

2. antara buah2an yang disebut dalam Quran- kurma, anggur (boleh jadi kismis yang baik dan arak yang buruk!jagan ambil yang buruk!), delima, tin, zaitun dsb..

3. jadi, mari amalkan hidup menurut Al-Quran! :)

  • K bie suka makan buah :D

------------------------------------------------------

Tafsir Surah Al-Falaq


1. Amalkan baca surah ini before tidur, supaya kita dilindungi dari kejahatn makhluk yang diciptakan Allah (siapa lagi yang tahu kejahatan sesuatu makhluk itu selain penciptanya kan?)

2. Elakkan keluar malam yang gelap, nayak syaitan bekerja overtime pada waktu ini, extra energy, extra strength!

3. Kisah Rasulullah s.a.w yang kena sihir dengan ex-khadamnya. Sedangkan Rsulullah yang tinggi keimanannya pun boleh kena sihir apatah lagi kita ni?

4. Hasad dengki! Sila jauhi dan jauhkanlah diri daripadanya.. K Bie mengingatkan kisah nabi Adam dan syaitan yang dengki kepadanya kerana Allah meninggikan darjat Khalifah bumi ini yang hanya diciptakan daripada tanah.. Dengki itu sifat syaitan k? Hasad dengki jugalah yang menyebabkan pembunuhan pertama berlaku dalam dunia iaitu antara Qabil dan Habil. Doa yang K Bie ajar untuk elak dengki

"……… 'Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara2 kami, yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang2 yang beriman. Ya Tuhan kami sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang'."

(Surah Al-Hasyr, 59:10)

Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan-Nya insya Allah...

--------------------------------------------------------

Do widzenia, ladna kobieta2 manees :) hihi

Maasslamah..

0 comments: