Hari ni mesti semua orang busy dengan hidup masing2 kan? Exam HISTOLOGY and EMRYOLOGY minggu depan depan. Tapi hari ni saya x mampu nak fokus. Jadi blog MANEES sekali lagi menjadi mangsa.
Family saya sekali dengan Opah saya gi balik Kelantan. Maka, skype date dgn family hari ni dah dicancelkan. Saya x leh study kalau dah seminggu x cakap dengan Mak, Abah dan adik2. Rasa mcm ada benda x buat lg.
At times like these, saya teringat ayah saya, saya panggil Abah. Jadi entry kali ni saya nak cerita pasal betapa besarnya influence seorg ayah pada anak perempuannya, a.k.a. saya. Oleh sebab saya ada seorg je ayah, maka saya akan cerita tentang ayah saya, bukan ayah kamu. Jadi jangan anggap entry ini hal personal saya sebab benda ni universal, kamu mesti boleh kesan yang cerita Abah ada persamaan dengan ayah kamu. So clear eyh? Saya bukan nk ckp psl ayah saya je.
Now that we’ve past the evasiveness, lets continue..
I have the uttermost respect towards my father. I don’t know when I began respecting him, I just know I do. Bila ckp pasal ayah, hati saya jadi lembut,fikiran mula menerawang tentang habit Abah, kata2, waktu2 dia ketawa, rupa Abah waktu tengah buat kerja, cara Abah duduk kat ruang tamu, waktu Abah bila dia mcm comel2. Dalam hati terdetik “Ah~, Ma sayang Abah.”
Hee, geli ke? Lantaklah.
Abah selalu ckp: “make mistakes in life.” Jangan takut buat silap. Maka jadilah kami adik beradik sekumpulan org2 yg confident, selalu cakap apa yg kami rasa. X kisah org gelakkan kami. Kadang2 kami terlampau direct. Kami x faham kalau org ckp subtle2 ni, kalau nak tegur kena direct. Sbb kami mmg dari kecik saling lawan mulut. Apa yang disuarakan, itulah yg dikira, kalau x disuarakan maksudnya x wujud. Abah suka tengok gelagat kami lawan mulut, dia pengadil. Dia akan tengok siapa yg ade point dan akan ckp, “Uda ade point, Alang, mengalah kali ni ye?”
Abah juga selalu galakkan kami enjoy life, spend time together. Abah x suka kalau kami asyik study je, atau main computer je. Abah nk buat benda yg semua org boleh buat, macam jogging. Abah beli arnab supaya kami semua boleh enjoy feeding them together, petang2 main badminton, makan keropok lekor dpn TV. Dok saja2 kena picit Abah. Ada pernah suatu hari tu, abah ttba cdgkan kita semua gi Terengganu sbb abah rindu nk makan otak2. 10 minit lepas tu, kami pun berangkat, dok Terengganu setengah jam, pastu balik hari tu jugak, sbb apa? Sbb nk mkn otak2 punye pasal. Abah mmg enjoy life. And he drags us along with him so ktrg pun jadi seronok jugak.
Tengok, influence Abah pada kami begitu besar. How we think and how we do things depend on what he taught us.
Abah bangga dgn anak2 nya and he made it clear everytime. Kalau kami berjaya, dia ckp: “I’m so proud of u cuz ure hard work paid off.” Kalu kami x berjaya, abah akan tanya, “Adakah kamu dah usaha? Dah tawakkal? Kalu dah, abah bangga dgn kamu bcuz of ure hard work.” Tiada istilah berjaya atau x berjaya. Yang ada cuma usaha dan x usaha. Kalau berjaya pdhal x berusaha, abah x kan kata dia bangga.
Maka sekali lagi, jadilah kami insan yang yakin diri dan mempersetankan pandangan orang lain.
Abah suka philosophy dan psychology. Abah tgk manusia ni amusing. Kelakar. Interesting. Kadang2 noble, kadang2 stupid. Abah tgk gelagat org sekeliling tiap hari dan akan text message us about it. Dia akn cerita ape yg dia nmpk, ape interpertasi nya. Dan kami adik beradik waktu mkn akan bincang dan suarakan pendapat kami pula. Kami suka lawan pendapat abah, abah senyum dan dgr je hujah kami. When I look at his smiling face in the middle of our fight, I thought, "Abah, you're enjoying this ain't you?"
I feel a spasm of pride washing through me whenever Abah cakap "You guys turn out exactly how I wanted you to be."
Kadang2 abah akn baca buku2 psychology dan sociology. Abah suke baca mcm mana kita boleh manipulate org lain, mcm mana nk berckp dgn org lain, mcm mana nk tegur. Abah akan senyum bila dpt tahu sesuatu yg baru. Kadang2 kami takut tgk abah2 senyum sorg2, dgn mata penuh dgn rancangan. “Memanipulasi org lain adelah surviving skill”, kate abah. “U’ll need it when u start working in a big company where ppl around u are as good as u but u wanna appear more dependable in front of ure boss. Hihi.”
Ye, abah menakutkan juga kdg2.
Abah akan kejut kami bangun subuh. Abah kejut dgn menyanyi kuat2 kat telinga kami. Kami yg rimas ni terpaksa bangun nk jauhkan diri.
Kalau kami dok saje2 ptg2 tu kan, abah akan tanya, “Along syg abah x?”
Kdg2 sy jwb x. Saje. Pastu abah akan ckp “Alaaa~ syg la abh.” Sy akan gelak.
Kalu sy ckp syg, abah akan tanya pulak, “Besar mana?” Jawapan skema: “Syg besar mcm beribu2 lemon.” X taw kenapa lemon tp itulah jwpn skema ok? Pastu abah akan tanya “Syg abah sbb abah ni ayah kamu ke atau sbb abah ni a great guy?” Kalau tgh mrh dgn abah, sy selalu ckp, “Sbb abah ni ayah ma.” Kalau tgh ok, sy jwb “both.”
Hihi, geli x dgn perbualan kami? Dipersilakan muntah.
Abah suka ckp psl agama. Ada sesi Taklim wa taklum, iaitu “belajar dan dipelajari” kalau abah ada masa antara maghrib dan isya’. Abah akan keluarkan buku fadhail amal, iaitu buku hadeeth. Kata abah sekali, “Buku ini lagi tua dari along(saya). Hormat ye?”
Abah ajak adik2 laki gi masjid waktu masuk azan. Abah akan tegur mak saya dan anak2 perempuannya supaya jgn pakai singkat2 sangat.
Abah tak pernah mrh kami, selalu tegur elok2. Dan kadang2 subtle, mcm abah akan ckp, kalau uda pkai ni, mesti ramai org ada bad intentions towards u, yelah, uda ni lawa. Its always the little things like these that we would take heed of.
Tapi kalu bab sembahyang! Huh! Jangan harap Abah nak lembut2.
Abah jugak pandai berinteraksi dengan anak2.
Kalau kami nak something, abah takkan kasi saja mcm tu. Kadang2 abah akan kata, boleh, tapi kena cium dulu. Kami pun kata “Ewww!! Gross abah!” Tapi kami cium jugak, nak barang punye pasal. Sebab dah biasa, dari kecik sampai besar, peluk dan cium mmg selalu diberi oleh abah. Abah cium adik lelaki saya, abah cium mak saya, opah, mak sedara, tok ayah. Semua dalam rumah selalu kene cium,
kecuali bibik, of course.
Dan kadang2 kalau kami nak something abah akan sengaja x kasi dulu. Dia nk tgk mcm mane kita negotiate dgn dia.
Dan kadang2 no means no. Kami sekeluarga kena pandai baca muka abah, bila dia gurau, bila dia serious.
Abah respect orang lain. In turn, orang lain pun akan kembali respect abah. Abah akan minta izin untuk guna internet kat rumah, sebab nak hantar e-mail, padahal computer tu bkn kami punya, abah punya. Abah minta kami teman dia breakfast sebelum gi kerja, padahal bukan ke mmg tugas kita mkn same2 sekeluarga? Abah minta izin nak beli mesin urut belakang, padahal bkn kami yg akan bayar.
Orang ditempat kerja mungkin akan ingat ayah saya ni bengis, selalu marah, kata2 pedas, direct. Tapi bila ayah kat rumah, abah switch off mode office abah tu dan abah jadi abah.
Abah balik malam, nk dekat Isya’. Bila balik, kami rebut2 salam abah, tapi! Kami akan pastikan dah siap semayang. Kalau kami dgr kereta abah masuk parking lot, sape yg x semayang lg tu terkocoh2 gi ambik wudhu’ nak semayang maghrib. Sebab time salam tu abah akan tanya, dah semayang blom? Kalau blom, nnt abah akan marah. X pasal2 nnt waktu mkn, udara mcm berat je. Abah akan bad mood. Kami x suke abah mood, bknnya dia akn bebel, pukul pun tidak, tapi kami mmg x boleh kalau abah marah. Rasa x best. Mak boleh bebel dari pagi sampai malam kami x kisah, tapi kalau Abah bagi "the look" je, terus ktrg buat apa yg disuruh.
Power x powernya influence seorang ayah.
Benda2 mcm ni yang saya ingat pasal ayah saya. Benda kecik macam nilah. I don’t remember my dad as the author of an article in a magazine about finance, I don’t remember him as the one who did part time jobs when he was a student so that I can have comfortable diapers to pee in, I don’t remember him as a person who goes to India and Vietnam for tabligh, I don’t remember him as the person who can solve budget problems dgn selamba, I don’t remember him as orang hensem. (ayah saya hensem, I wish it wasn’t true, but he is). Tapi I remember him as the one who likes to kiss, hug, talk about life, respect org, mahu diteman setiap masa, text ppl about his daily encounters. I remember my dad as my dad. Orang mcm nilah saya respect. Sbb kalu nk ckp psl org yg do big things, yes, mmg hebat tp x sama perasaan sy terhadap abah. Rasa hormat berbaur sayang. Mcm nilah influence abah pd kami sekeluarga. A great man he is. Bilamana saya terfikir betapa beruntungya saya dapat abah as my abah, saya pun doa dan harapkan dalam hati nak dpt seorang lelaki yang boleh jadi ayah yang macam Abah untuk anak2 saya.
Anak perempuan dengan ayahnya ada hubungan yang lain dari yang lain. Anak perempuan tend to be in awe of their father, samada mereka ngaku ke x. Kemungkinan besar wanita akan memilih pasangan hidup yang reminds her of her father. Sebagaimana saya in awe of my father, kamu juga mesti in awe of your father juga kan? Sadly, our respect doesn't always translate into actions. Sentiasa bersikap buruk to our father, eventhough you respect them and love them. Kita kena tunjuk kita sayang ayah kita, sebagaimana ayah kita tunjuk yang dia sayang kita. Well, sebenarnya, kalau dia x tunjuk pun kita kena tunjuk jugak. Just knowing that you love him is not enough for him. Balik ni buat baik, cakap lembut, picit ayah, peluk ke.
Maka dan sesungguhnya Asma stop disini. Sorry kalau macam personal sangat. But I think that loving our parents and talking great things about them is in line with what the Deen is teaching us, no? There's a reason why there's a term "father figure" and not mother figure or daughter figure or even son figure. There are some things that only a father can do. And there are some things that only a daughter can do too.