Sakit kah?

Assalamualaikum semua.. (^_^)
Macam mana mutabaah amal hari ni?- soalan from K Bie :)
Hmmm...kesian manees terkontang-kanting keseorangan.hehe maaf!



Jom kita recall something. Ingat 5 Perkara, Sebelum 5 Perkara...
1) Sihat sebelum Sakit
2) Muda sebelum Tua
3) Kaya sebelum Miskin
4) Lapang sebelum Sempit
5) Hidup sebelum Mati

Tapi kan, menurut pandangan tanpa ijazah dan phd seorang najihah, manusia ni susah nak ingat yang selepas bila berada dalam zone sebelum. Tapi, bila dah kena yang selepas tu, baru nak ingat yang sebelum tu. macam saya la kan :D faham ke? ok2 mari bagi contoh. macam ni..

Saya sedang free. awal semester kan, tak banyak homework, tak banyak exam, tak banyak yang nak kena baca. Memang seronok lah. tengok youtube, main counter strike, GTA, O2 jam, tengok movieS and dramaS sampai lebam, borak2 kosong yang tak berilmiah lansung, gossip2 terhangat dipasaran, dan BANYAKKK lagi... macam mak2 selalu kata, 'buat sekian2 sampai tak ingat dunia'. (ehem, doesn't mean tangah ingat akhirat ye disini) menjamin diri sendiri akan hidup sampai hari esok.
Beberapa bulan kemudian, final menjelma (uh seram.serius). MENGGELABAH tak ingat. Otak rasa sesak. MENYESAL tak baca buku dari dulu. menyesal itu. menyesal ini. MERUNGUT. rasa macam tak cukup masa. padahal, masa tu jalankan tugas dia macam biasa je. tak de la pulak setting kan, kalau exam week, dia kena cepat sikit berdetik. kalau masa bosan, tak de kerja masa pun jalan slow2. Eh! masa ni bukan macam manusia tau suka lengah2. tolong sikit.. masa pun tak pernah la pulak nak berubah macam hati manusia yang sentiasa berbolak-balik ni. masa exam week, seminit bukan lah 59 saat, sejam bukanlah 59 minit, sehari bukanlah 23 jam, seminggu bukanlah 6 hari. tapi kenapa rasa macam TAK CUKUP MASA. mana masa tu dah pergi?? tula, siapa suruh BUANG MASA dulu2, ingat boleh senang2 ke nak kutip balik masa yang dah kena buang dulu?tula, dulu membazir, ada masa pergi buang2 pulak. MASA ni dia ego tinggi tau. mintaklah macam mana pun, gunalah jet pejuang berkuasa kuda 99999 c.c pun, SIKIT pun dia takkan bagi balik!hah kan dah kena! adoi! waktu ni lah, baru nak fikir masa LAPANG, yang kita tak pernah fikir pun waktu kita buang masa, waktu kita seronok2 tak ingat dunia. BARU NAK INGAT....

haa faham tak cerita diatas? oh panjangnya description. :) haa sekarang ni baru nak masuk cerita utama sebenarnya.hehe maaflah mukaddimah panjang :D

Hari ini, hari kedua 'bekerja' di hspital. Macam biasa, pagi2 round wards dengan doctors and surgeons.Memandangkan hari ni tiada surgery, maka kami(penulis dan naqlis) pun tak perlu prepare diri untuk berdiri lama2 dibelakang surgeon, tengok dia seluk2 abdomen, potong sana potong sini, jahit sana jahit sini. maaflah doctor, sepanjang kami tengok tu mulut bising sikit, kerana kami jakun, tak pernah nampak :D
Naqlis : Kalau Allah tak cipta penyakit2 ni kan, mesti manusia takkan ada effort untuk tahu human anatomy ni kan. Takkan tahu dalam badan sendiri ada apa.
Penulis : Hehe betul2
Surgery memang sangat menarik ye. Lagi2 bab menjahit2 nih. Penuh seni. Kalah penjahit baju. Jakun lagi..

Tapi hari ini special sikit, sebab ada benda best yang kami pelajari. =)
Aktiviti utama - melihat proses mencuci luka surgery.
Aktiviti sampingan - endoscopy gastrointestinal tract (tapi sampai duodenum jelah)
Aktiviti selepas tamat 'bekerja' - .... rahsia.

8:30 pagi - Nenek 1 telah dibedah abdomennya beberapa hari yang lalu, sebab masalah colon/large intestine.
Besar la jugak. Seorang nurse tenyeh2 luka tu dengan kain ada fluid untuk cuci. Nenek tahan sakit sambil genggam tangan n ketap mulut n pejam mata. Adoii rasa tak sanggup nak tengok. Macam sakit sangat. Kami cuba sedaya upaya untuk control diri dari mengeluarkan bunyi2 pelik seperti apa yang berlaku dalam operation theater(OT) semalam. baru tengok dah rasa sakit. apa daaa..

10.00 pagi - Sebelum pergi tengok endoscopy, doctor tu cakap naik atas dulu, tengok proses cuci luka seorang mak cik ni. 'special case' katanya. kami pun p naik tangga, nak p tempat yang sepatutnya. Ada seorang doctor disitu. Dia pun cerita case mak cik ini. Mula2 kaki kanan dia kena cancer. Lepas tu dah buang. 1 nikmat dah kena tarik... Tiba2 tampat dah kena operate tu kena infection, tapi tak boleh nak buang sebab ada vulva (female genital organ) kat situ. Disebabkan infection itu, vascular system dia dekat area tu tak berfungsi. jadi, nak prevent accumulation, mereka pun bukak sedikit jahitan tu, ada la dalam lebih kurang 8 cm yang terbukak,dalam pulak tu, nampak daging or dalam bahasa medicnya muscles, darah2 etc2, lepastu, masukkan span macam basuh pinggan punya tu dalam luka tu TANPA BIUS, tebuk dan sambung tube pada span tu untuk sedut fluid yang tak bergerak tapi dah kena serap dengan span tu guna machine.

Kita yang tengok ni pun rasa ngilu gila2. Mak cik tu muka merah gila, genggam tangan, ketap mulut sebab sakit sangat, tapi tak dapat nak jerit (dia malu kot.ntahlah). Menangis mak cik tu sambil kata 'przepraszam' banyak2 kali. procedure ada la dalam lebih kurang 15 minit. Kami tengok lagi, rupa2nya ada lagi 2 tempat dekat2 dengan luka tu yang macam tu, dan lebih panjang lagi. rasa macam tak sanggup nak tengok. Lagipun, doctor kat bawah tadi suruh datang dalam 15 minit untuk tengok endoscopy. hehe bukan lari ok. Keluar bilik tu, kaki manggigil, rasa ngilu kat tempat sama dengan mak cik tu. Adoiiii relax2.. macam mana nak jadi doctor ni..

Naqlis : Ya Allah, indahnya nikmat sihat tu.
Penulis : haa betul2 (sambil pegang kaki yang menggigil)

Subhanallah, Alhamdulillah, bila nampak benda macam ni, baru terfikir betapa indahnya nikmat sihat itu, yang Allah boleh tarik bila2 masa pun.. Rasa macam dapat berdiri pun cukuplah. Ada 2 kaki, tapi jalan jauh sikit dah merungut sakit. apa daaa penulis nih...
 Tula, kadang2 Allah nak tunjuk kat kita, betapa banyak nikmat yang Dia bagi kat kita, tapi kita tak pernah2 nak sedar. Seronok dengan semua nikmat sampai kita lupa pada Dia, pada segala nikmat kurniaan-Nya, tapi kita merungut pada benda2 yang tak sepatutnya. Banyak betul pengajaran hari ini. Rasa macam....macam2lah..

Lepas tu menonton(hehe) endoscopy, tissue sampling. menarik.. tapi, boleh pulak kami p tanya doctor tu, patient tu tak rasa sakit ke masa tissue sampling tu sebab sampai ada darah. Lalu, doctor pun menjawab' "She does feel something is inside her stomach, but she doesn't feel any pain.' sambil tersenyum sinis.
(sambil recall CNS) haaa amik kau. Baru habis final dah lupa. Pengajaran - dah habis exam tak semestinya dah boleh stop studying. NO! Belajar hari2, mintak Allah redhakan segala ilmu yang Dia ajarkan kepada kita, supaya kita senang nak ingat.. okkay? pesanan dari penulis kepada penulis sendiri dan rakan2 penulis.

11 am -
Doctor : since there won't be any surgery today, you may leave now.
Us : =)
Doctor : Tomorrow, there will be kidney transplantation here (OT) at 9 a.m. you may come if u want.
Us : Hehehehe.. :D

Sekian, Assalamualaikum..

-GUNAKAN KESEMPATAN YANG MASIH DIBERI MOGA KITA TAKKAN MENYESAL-

*kepada waga manees, mabit rumah kak elle, ahad malam isnin. gerak ke hospital from rumah k elle pagi tu. 

0 comments: