```بسم الله الرحمن الرحيم```
TIDUR AKU
1) Pastikan kita bukan dalam keadaan:
- baru lepas makan
- marah, sedih, kecewa dsb
- waktu solat Asar, sebelum solat Isya', dan waktu Subuh
Dan pastikan kita:
- tidur awal- amalan Rasulullah
2) Ambil wudhu'
3) Pilih tempat tidur sesuai dan agak2 sesuai untuk manusia: sebab tu lah, walaupun suka tidur atas lantai, sejuk, best ke apa, jangan jugak sebab tidak sesuai.
- Nota: antara TEMPAT YANG TAK BOLEH TIDUR ialah tempat yang terbuka tanpa penghadang (daripada jatuh) seperti veranda bangunan yang tiada pagar.
- Bumbung rumah-yes, it may sound stupid, takkan la ada orang tidur atas bumbung, tapi memang ada orang buat camtu. Skoda..
- Bagi perempuan jangan tidur di khalayak ramai
4) Kebas tempat tidur 3 kali
5) Apabila baring, kepala menghala utara(N) kaki ke selatan(S), iringkan badan ke kanan.
- Nota: Di larang :tidur menelentang bagi perempuan dan di larang tidur tertiarap bagi dua2 jantina.
- Mula2 muhasabah diri dulu. Mintak ampun.
- Baca ayat Kursi, 3 Qul dan 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
- Baca doa tidur: بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
- Baca doa amalan Rasulullah sebelum tidur:
Allahumma qinii yauma tab'atsu'ibaadaka
"Ya Allah, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Engkau bangkitkan kembali segenap hamba2Mu."
A'udzu bikalimatillaahi taammati min ghadhabihi wa syarru 'ibaadihi, wamin hamazaathisy syayaatiini wa an yadhuruuna
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya kejahatan hamba2Nya, dan gangguan syaitan dan keburukan meraka ke atasku."
- Kemudian, fikir tentang perkara baik2, fikir tentang Allah, fikirkan kebahagiaan sebab kita akan bangun pun dengan perasaan sama seperti sebelum tidur.
- Azam bangun awal
*nota tambahan: MENGUAP-perlu tahan sedayanya ataupun tutup mulut dengan tangan, jangan sampai terucap "ha" sebab kalau terucap "ha" tu, syaitan akan ketawakan kita.
TIDUR DIA
Kita disunatkan kejut:
1) Orang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah masuk.
2) Orang yang tidur depan orang solat iaitu orang yang duduk kat laluan Qiblat.
3) Orang yang tidur atas bangunan tanpa penghadang (dari jatuh)
Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang tidur atas permukaan bangunan tanpa penghadang (yang menghadangnya daripada jatuh), sesungguhnya telah terlepas tanggungjawab mana2 pihak (sekiranya jatuh)"
4) Orang yang tidur separuh badan kena cahaya matahari dan separuh lagi dalam teduh.
5) Orang yang tidur waktu Subuh.
(bukan sahaja makruh kita tidur time ni, sunat pulak kita kejutkan orang lain)
- Nabi saw: "Tidur Subuh menegah rezeki"
- Umar Abdul Aziz berkata kepada anaknya yang tidur waktu Subuh: "Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur"
- Nabi tidak suka tidur sebelum solat Isya' dan sembang2 selepasnya.
7) Orang yang tidur selepas solat Asar.
- Nabi saw: "Sesiapa yang tidur selepas solat 'Asar dan hilang akalnya, jangan mencela selain dirinya sendiri"
9) Perempuan yang tidur menelentang
10) Orang yang tidur meniarap
- Nabi cakap ini cara tidur ahli neraka Jahannam
(bukan sahaja sunat kita bangun malah sunat juga kita kejutkan orang sama)
12) Untuk Sahur
Sekian, semoga semua happy tidur lepas ni, jangan ada istilah "sleep it off" apabila sedih dan frust.
Asma dapat maklumat dari ukhti di Dublin, comel orangnya:
1 comments:
hehehe best.. ak ske karya2 cik asma nih.. hehe:)
Post a Comment