tikus hitam dan putih

Assalamualaikum semua..
Lama Asma tak post cerita menarik.
I have a story to tell, and it goes like this:(Mungkin ada yang gi usrah dah dengar..)

Pada zaman Rasulullah saw, selepas selesai solat Subuh berjemaah di masjid, sahabat masih lagi tidak balik ke rumah masing2, mereka masih ingin duduk2 bersama Rasulullah saw. Memang bukan menjadi kebiasaan mereka untuk tidur lepas Subuh. (Tak macam kita)

Rasulullah saw menggunakan waktu ini untuk berdakwah dan mengambil tahu tentang perkembangan hidup para sahabah. Rasulullah juga kadang2 telah mentafsirkan mimpi2.

Suatu hari, sedang mereka duduk2 di masjid itu setelah solat Subuh, Rasulullah saw pun bertanya kepada para sahabah jika ada sesiapa yang mempunyai mimpi yang hendak ditafsirkan.

Maka datanglah ke depan seorang lelaki dan dia menceritakan bagaimana mimpinya pada malam sebelum itu. Mimpinya begini:

"Aku bermimpi aku sedang berlari2 dengan perasaan takut, berlari2 kerana dibelakangku ada singa yang sedang mengejarku. Sedang aku berlari ketakutan, tiba-tiba aku terjatuh ke dalam perigi buta. Tetapi aku sempat berpaut pada akar sebuah pokok yang hidup di tebing perigi buta itu. Aku pandang ke bawah dan aku terlihat seekor ular sedang menjalar di dasar perigi buta itu. Aku merasa lega kerana tak terjatuh tetapi tiba-tiba aku terlihat ke atas dan mendapati ada 2 ekor tikus, satu putih, dan satu hitam sedang gilir-gilir menggigit akar pokok yang sedang aku pegang itu. Makin lama akar itu menjadi semakin nipis. Aku takut jatuh ke dalam perigi yang ada ular tetapi aku juga tak berani keluar kerana singa menungguku. Sedang aku buntu, tiba-tiba aku terdengar bunyi lebah, aku pandang ke atas, rupa-rupanya di dahan pokok itu ada sarang lebah. Sedang aku mendongak ke atas melihat sarang itu, tiba-tiba satu titik madu jatuh dan masuk ke dalam mulutku. Manisnya madu ini tidak terhingga sehingga aku terlupa akan singa, terlupa akan ular dan terlupa akan tikus-tikus itu."

Rasulullah pun mentafsirkan mimpi sahabat itu.

Singa itu merupakan Malaikat Maut. Sedang kamu dikejar olehnya, kamu terjatuh ke dalam perigi, tetapi kamu sempat berpegang pada akar, akar itu umur kamu. Dan ular yang menunggumu di dalam perigi itu adalah seksa kubur. Selagi umurmu ada, kamu masih terselamat dari seksa kubur. Tetapi ada pula tikus hitam, iaitu malam dan tikus putih itu pula siang. Dan malam dan siang ini berganti2 dan menghabiskan umur kamu. Tetapi semua ini kamu lupa apabila merasakan madu, dan tahukah kamu apakah maksud madu itu? Madu itu adalah nikmat duniawi.

Haa, amacam? Best? Pengajaran buat kita: Jangan sampai kita khusyuk dengan madu sampai lupa singa, ular, tikus dan akar.
Wabillahi taufik wal hidayah. Goodluck untuk rakan2 yang ambil exam.
Asma nak ambil kesempatan ni nak cakap kat Aquila and Syaza that we miss you in Usrah! Well, at least I do. (^^,)v

Ramadhan Kareem^_^


Assalamualaikum~~
alhamdulillah, saya dan anda masih lagi bernafas..menghirup udara percuma dari Allah..
moga kita sama2 sntiasa berada dalam kasih sayang dan rahmatNya^_^
iAllah,sy hnya akn copy n paste je..hehe..ni dr senior sy di sekolah dl..
dia byk tag sy di facebook..kalo kalian nak baca yang lain2..silalah..dan beliau pesan kalau saya ditag maksudnya ia hak milik saya..yg bermaksud saya dan kalian juga dibenarkan untuk buat apa2 dengan notes tersebut=)

FIRMAN Allah yang bermaksud:
Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (jawablah) bahawa Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sheikh al-Maraghi menjelaskan, apabila Allah menuntut hambanya mengenai kefarduan puasa Ramadan, menyempurnakan bilangannya serta menggesa supaya bertakbir untuk persiapan bersyukur, ayat ini sebagai dalil bahawa Allah bersifat Maha Mengetahui keadaan dan Maha Mendengar segala doa mereka.

Sayid Qutub pula berkata, sebelum rangkaian ayat ini meneruskan penerangannya tentang hukum mengenai masa puasa, batasan merasai kenikmatan puasa dan peraturan imsak, kita dapati ia mengemukakan satu tarikan kepada persoalan jauh di sudut jiwa dan rahsia hati manusia.

Sebab turunnya ayat ini, Nabi SAW mendengar orang Islam berdoa kepada Allah dengan suara yang tinggi dalam peperangan Khaibar. Lantas Nabi SAW bersabda kepada mereka yang bermaksud: Hai manusia, perlahankan suara kamu dalam berdoa kerana kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan tidak kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada yang Maha mendengar, dekat dan bersamamu.

Selain itu, Ibnu al-Jauzi ada menyebut pendapat lain berkenaan turunnya ayat ini, iaitu seorang Badwi datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Adakah Tuhan kita hampir untuk munajat atau jauh untuk menyeru? Kemudian turunnya ayat ini.

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan, Allah menjelaskan bahawa Dia adalah dekat. Dia memperkenankan doa orang yang memohon dan memenuhi sebarang hajat orang yang meminta. Tidak ada tirai pendinding antara Allah dengan salah seorang hamba-Nya. Oleh itu, mereka sewajarnya menghadap hanya kepada-Nya dalam berdoa, merendahkan diri, lurus dan memurnikan ketaatan kepada-Nya semata-mata.

Prof Hamka menyatakan di penghujung ayat ini, jadikanlah bulan puasa sebagai bulan penuh ibadat, membaca al-Quran, solat dan berdoa. Oleh kerana doa amat penting dan menjadi otak daripada ibadat, maka Allah berkenan memberitahu mengenai doa dan bagaimana sambutan-Nya jika hamba-Nya berdoa menyeru nama-Nya dan memohon sesuatu hajat. Oleh sebab itu, Allah dekat dengan hamba-Nya, maka hendaklah berdoa dan memohon kepada Allah dengan ikhlas dan tidak perlu bersuara keras mahu pun bertempik menyeru nama-Nya.

Lantaran dekatnya Allah dengan manusia, maka tidak perlu perantaraan atau wasilah antara manusia dengan Allah, berdoa dan memohon langsung terus kepada Allah. Malah, Allah hampir pada seseorang yang menarik nafasnya yang penghabisan menunggu saat-saat kematian sebagaimana firman Allah bermaksud: Dan Kami adalah lebih dekat kepadanya daripada kamu, akan tetapi kamu tidak melihat.

(Surah al-Waqiah, ayat 87)

Melaksanakan ibadat puasa, seseorang Muslim dilatih dalam keadaan beribadat dan berdoa. Pada masa sama, apabila semakin bertambah makrifahnya kepada Allah, maka semakin bertambahlah ikhlas dan tawakal kepada-Nya.

Natijah daripada latihan dilalui seseorang yang berpuasa terhadap jiwanya dan imannya adalah dia semakin dekat dengan Allah SWT. Lantaran, hampirnya dengan Allah itu yang menyebabkan doanya mudah dikabulkan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah, yang doa itu tidak bermaksud dosa dan tidak bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah SWT pasti akan memperkenankan doa itu melalui tiga cara, iaitu doa itu akan diperkenankan dengan serta merta, ada kalanya doa itu disimpan dan ditangguhkan dulu untuk persediaannya pada hari akhirat dan ada kalanya dijauhkan dan dipalingkan daripada kejahatan yang seumpama dengannya.

(Hadis riwayat Bukhari)

Menariknya, ibadat doa termasuk dalam ayat puasa sekali gus bermaksud doa orang berpuasa itu lebih dekat dikabulkan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu sewaktu hendak berbuka puasa adalah doa yang mustajab.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: Ada tiga orang yang doanya tidak akan ditolak, iaitu doa pemerintah yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka puasa dan doa orang dianiayai. Akan diangkat doa itu oleh Allah ke atas awan pada hari kiamat kelak dan akan dibukakan baginya pintu langit, lalu Allah berfirman: Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku akan tolong kamu walaupun dalam masa yang sekejap saja.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Fadhilat surah2 pilihan~

Assalamualaikum wbt..
kaifa halukum?
semoga kalian semua sihat sejahtera sehari-hari dalam mencari redha illahi..
dan semoga kasih sayang, rahmat dan perlindungan dariNya sentiasa bersama kita..ameen~

"adik,tolong teman kakak pegi kedai..nanti dapat pahala.."

kebiasaan manusia..
inginkan sesuatu yang baik sebagai balasan..tidak perlu pun diucap begitu..kerana sudah tentu adanya pahala pada setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas..
andaikan adik itu tetap ingin pergi walaupun tidak disebut ganjaran pahala tersebut..mesti adik itu lebih bersemangat apabila ade sesuatu yang menantinya walaupun bantuannya sangat ringan..
jika adik itu pada mulanya enggan,tetapi apabila disebut pahala,ataupun ape2 ganjaran lain sebagai balasan, pasti terdetik juga hatinya untuk membantu..

samalah juga dengan kelebihan surah2 di dalam Al-Quran..
pastinya kita tahu setiap huruf di dalam Al-Quran ada pahalanya apabila dibaca..
seperti sabda Rasulullah, "alif lam mim itu bukanlah satu pahala..tetapi alif itu satu pahala, lam itu satu pahala dan mim itu satu pahala"
tetapi kita akan lebih bersemangat untuk membacanya sekiranya kita tahu apa kelebihan2 surah2 pilihan tersebut..
saya tahu kalian semua pastinya sudah memiliki buku2 tentang kelebihan2 ini..
tetapi seperti saya,sudah lama dibaca, maka sudah samar2 di ingatan =.=..
maka, ianya adalah untuk diri saya dan juga kalian..iAllah ianya dapat meningkatkan semangat kita untuk lebih banyak membaca Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini dan terus istiqamah dalam bulan2 yang seterusnya..

Surah Al-Hasyr
Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata:
Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa membaca ketika bangun subuh "A'uuzubillahhis-Sami'il-alimi-Minas-Syaitanir-Rajim." Kemudian membaca 3 ayat akhir surah Al-Hasyr maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
(HR. At-Tarmizi)
Surah Ad-Dukhan
Daripada Abi Hurairah r.a berkata:
Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa membaca surah "Haamim Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya."
(HR. Ibnu Katsir)
Surah As-Sajdah
Rasullah SAW bersabda:
"Alif Lam Mim As-Sajdah datang di hari kiamat dengan mempunyai dua sayap yang menaungi pembacanya, seraya berkata; Tidak ada jalan bagi orang lain atas engkau, tiada jalan bagi orang lain atas engkau."
(HR. Abu Ubaid)
Surah Al-Mulk
1)memeperoleh syafaat
Daripada Abi Hurairah ra.
Rasullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk." (Tabaarakal-Lazi)."

2) sebagai sahabat di dalam kubur Daripada anas Ibnu Malik Nabi SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun kitab Allah kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah malaikat.

Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu.

Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui allah SWT. Dan mintalah shafaat daripadanya.

Maka dia pun (surah) menemui allah SWT.

Dan berkata: "Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu.

Allah SWT berfirman:

"Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah): "Sesungguhnya saya marah. allah SWT berfirman: "Pergilah sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat ke atasnya."

Nabi SAW bersabda: "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.
Anas berkata: "Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjiah: iaitu yang menyelamatkan."
(HR. Ibnu Katsir)
3)terhindar dari seksa kubur
Daripada Ibnu Abbas ra.
berkata seorang sahabat Rasullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dab beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maa beliau menemui baginda SAW dan berkata: "Wahai Rasullah SAW, saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam. "Nabi SAW bersabda itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada seksaan kubur.
(HR. At-Tirmizi)
4)Terhindar daripada Api Neraka
Daripada Ibnu Abbas ra. berkata:
"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan! "Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaanya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada seksaan kubur.Dan Nabi SAW bersabda: " Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku."
(HR. Ibnu Katsir)
alhamdulillah..
setakat ini buat kali ini..
SELAMAT BERAMAL
dan
SELAMAT BERPUASA^_^