Malaikat mengumpat manusia
Si Keldai ohhh Si Keldai~~
Ape khabar semua? Jak sie masz? Hehe lama takde post baru kan. Walaupun lepasni kita semua dah tak sama usrah, saye berhajat taknak lupuskan pun blog ni :p I really miss u rakan2 Manees utk usrah sama2 =( .
Suatu hari seekor keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya. Akhirnya, dia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi itu juga perlu ditimbun, ditutup kerana berbahaya. Jadi tidak berguna untuk menolong keldai tersebut.
Akhirnya, dia mengajak tetangga-tetangganya untuk datang membantunya. Mereka membawa penyeduk tanah dan mulai menyeduk tanah ke dalam perigi. Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub dan kepelikan, kerana si keldai menjadi diam.
Setelah terasa agak banyak tanah yang ditimbus kedalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang kerana apa yang dilihatnya. Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bertubi-tubi tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu.
Sementara itu, tetangga-tetangga si petani terus menimpakan tanah kotor ke atas punggung hewan itu, si keldai terus juga menggoncangkan badannya dan melangkah naik. Apabila sampai pada satu ketika, semua orang terpesona, si keldai meloncati tepi perigi dan melarikan diri! Bebas daripada mati tertimbus...
Melayari kehidupan, saban hari, kehidupan menimpa, menimbus dan menghempap kita dengan pelbagai “kotoran” kesusahan dan masalah. Hadapilah “perigi” kehidupan dengan menggoncangkan kotoran masalah dengan apa yang Allah kurniakan pada diri kita sendiri (fikiran dan hati) dan melangkah naik dari “perigi” dengan menggunakan keistimewaan tersebut sebagai “pijakan” kearah yang lebih baik.
Moga-moga kita dapat keluar dari "perigi" yang dalam dengan terus berjuang dan jangan pernah enyerah!
Di ambil dari status fb Naqlis, :p
dikala HATI resah gelisah gundah gulana memikirkan kesibukan dunia..
IA kembali tenang memikirkan tuhannya,Allah..
kenapa???
kerana Allah tidak pernah memungkiri kata2Nya yg menjadi janji2Nya yang tidak perlu diragui sedikit pun..
Source - http://elya-mujahadah.blogspot.com/
p/s- Keldai pun nangis tau! :P n by the way, all the best everybody utk exam Biochem this tuesday! Bitaufiq wannajah :)
Baa-ber black sheep.
Si Kacak memang kacak habis r waktu ni!
Wallahualam He knows best, in every single aspect.
Perlindungan Allah~~
rindu pd blog ini..hehe..hmm..
iAllah kali ini post sangat pendek mengenai satu hadith yg sangat simple..tapi sangat menarik..
Dr Hadith riwayat at-Tirmidzi
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:
tikus hitam dan putih
Ramadhan Kareem^_^
Sheikh al-Maraghi menjelaskan, apabila Allah menuntut hambanya mengenai kefarduan puasa Ramadan, menyempurnakan bilangannya serta menggesa supaya bertakbir untuk persiapan bersyukur, ayat ini sebagai dalil bahawa Allah bersifat Maha Mengetahui keadaan dan Maha Mendengar segala doa mereka.
Sayid Qutub pula berkata, sebelum rangkaian ayat ini meneruskan penerangannya tentang hukum mengenai masa puasa, batasan merasai kenikmatan puasa dan peraturan imsak, kita dapati ia mengemukakan satu tarikan kepada persoalan jauh di sudut jiwa dan rahsia hati manusia.
Sebab turunnya ayat ini, Nabi SAW mendengar orang Islam berdoa kepada Allah dengan suara yang tinggi dalam peperangan Khaibar. Lantas Nabi SAW bersabda kepada mereka yang bermaksud: Hai manusia, perlahankan suara kamu dalam berdoa kerana kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan tidak kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada yang Maha mendengar, dekat dan bersamamu.
Selain itu, Ibnu al-Jauzi ada menyebut pendapat lain berkenaan turunnya ayat ini, iaitu seorang Badwi datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Adakah Tuhan kita hampir untuk munajat atau jauh untuk menyeru? Kemudian turunnya ayat ini.
Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan, Allah menjelaskan bahawa Dia adalah dekat. Dia memperkenankan doa orang yang memohon dan memenuhi sebarang hajat orang yang meminta. Tidak ada tirai pendinding antara Allah dengan salah seorang hamba-Nya. Oleh itu, mereka sewajarnya menghadap hanya kepada-Nya dalam berdoa, merendahkan diri, lurus dan memurnikan ketaatan kepada-Nya semata-mata.
Prof Hamka menyatakan di penghujung ayat ini, jadikanlah bulan puasa sebagai bulan penuh ibadat, membaca al-Quran, solat dan berdoa. Oleh kerana doa amat penting dan menjadi otak daripada ibadat, maka Allah berkenan memberitahu mengenai doa dan bagaimana sambutan-Nya jika hamba-Nya berdoa menyeru nama-Nya dan memohon sesuatu hajat. Oleh sebab itu, Allah dekat dengan hamba-Nya, maka hendaklah berdoa dan memohon kepada Allah dengan ikhlas dan tidak perlu bersuara keras mahu pun bertempik menyeru nama-Nya.
Lantaran dekatnya Allah dengan manusia, maka tidak perlu perantaraan atau wasilah antara manusia dengan Allah, berdoa dan memohon langsung terus kepada Allah. Malah, Allah hampir pada seseorang yang menarik nafasnya yang penghabisan menunggu saat-saat kematian sebagaimana firman Allah bermaksud: Dan Kami adalah lebih dekat kepadanya daripada kamu, akan tetapi kamu tidak melihat.
Melaksanakan ibadat puasa, seseorang Muslim dilatih dalam keadaan beribadat dan berdoa. Pada masa sama, apabila semakin bertambah makrifahnya kepada Allah, maka semakin bertambahlah ikhlas dan tawakal kepada-Nya.
Natijah daripada latihan dilalui seseorang yang berpuasa terhadap jiwanya dan imannya adalah dia semakin dekat dengan Allah SWT. Lantaran, hampirnya dengan Allah itu yang menyebabkan doanya mudah dikabulkan Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Menariknya, ibadat doa termasuk dalam ayat puasa sekali gus bermaksud doa orang berpuasa itu lebih dekat dikabulkan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu sewaktu hendak berbuka puasa adalah doa yang mustajab.
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: Ada tiga orang yang doanya tidak akan ditolak, iaitu doa pemerintah yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka puasa dan doa orang dianiayai. Akan diangkat doa itu oleh Allah ke atas awan pada hari kiamat kelak dan akan dibukakan baginya pintu langit, lalu Allah berfirman: Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku akan tolong kamu walaupun dalam masa yang sekejap saja.
Fadhilat surah2 pilihan~
"adik,tolong teman kakak pegi kedai..nanti dapat pahala.."
kebiasaan manusia..
inginkan sesuatu yang baik sebagai balasan..tidak perlu pun diucap begitu..kerana sudah tentu adanya pahala pada setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas..
andaikan adik itu tetap ingin pergi walaupun tidak disebut ganjaran pahala tersebut..mesti adik itu lebih bersemangat apabila ade sesuatu yang menantinya walaupun bantuannya sangat ringan..
jika adik itu pada mulanya enggan,tetapi apabila disebut pahala,ataupun ape2 ganjaran lain sebagai balasan, pasti terdetik juga hatinya untuk membantu..
samalah juga dengan kelebihan surah2 di dalam Al-Quran..
pastinya kita tahu setiap huruf di dalam Al-Quran ada pahalanya apabila dibaca..
seperti sabda Rasulullah, "alif lam mim itu bukanlah satu pahala..tetapi alif itu satu pahala, lam itu satu pahala dan mim itu satu pahala"
tetapi kita akan lebih bersemangat untuk membacanya sekiranya kita tahu apa kelebihan2 surah2 pilihan tersebut..
saya tahu kalian semua pastinya sudah memiliki buku2 tentang kelebihan2 ini..
tetapi seperti saya,sudah lama dibaca, maka sudah samar2 di ingatan =.=..
maka, ianya adalah untuk diri saya dan juga kalian..iAllah ianya dapat meningkatkan semangat kita untuk lebih banyak membaca Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini dan terus istiqamah dalam bulan2 yang seterusnya..
2) sebagai sahabat di dalam kubur Daripada anas Ibnu Malik Nabi SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun kitab Allah kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah malaikat.
Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu.
Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui allah SWT. Dan mintalah shafaat daripadanya.
Maka dia pun (surah) menemui allah SWT.
Dan berkata: "Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu.
Allah SWT berfirman:
"Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah): "Sesungguhnya saya marah. allah SWT berfirman: "Pergilah sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat ke atasnya."
Al-Muntalaq
- Definisi Al-Muntalaq -> permulaan, titik tolak.
- Tarikan da'ie mukmin 1) tarikan KEIMANAN(+) 2) tarikan SYAITAN (-)
- Fiqh dakwah - cara perlaksanaan dakwah
- Tanggungjwab dakwah sama wajibnya dengan tanggungjawab solat
- Iman - percaya dan yakin sehingga terlaksana dengan amal
- 'Aqidah - perkara/konsep yang perlu diimani (kepercayaan), hal2 aqidah banyak terdapat dalam juz 'amma.
- 'Aqidah perlu jalan seiring dengan keimanan.
- Then, the bro bagi satu contoh hukum..
- Futur - slow down, menurun. (Fitrah - semulajadi)
- Manusia - 1) Akal 2) Jasad 3) Hati (9)
- Kumpulan saranan buku Al-Muntalaq -> MC (muslim committed) and MD (muslim dakwah/da'ie)
- Tajarrud - menyerahkan diri hanya untuk ISLAM, membebaskan diri dari semua benda, hanya pilih satu.
-lepaskan diri anda dari belenggu!
- Zuhud terhadap dunia
- Menjauhkan diri dari fitnah
- SABAR atas segala mehnah
- Memahami seni memimpin Ummah
_merujuk firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 74, bismillahirrahmanirrahim..
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
"............make us leaders of those who have Taqwa"
-Jadi, kita kena menjadi pemimpin ketaqwaan...
-Jadi pemimpin/orang yang memberi kesan, bukan asal buat, cukuplah.. tengok seperti Imam Hassan Al-banna, kesungguhnanya dan niat murninya kerana Islam, kerana ALlah, umat Islam sekarang banyak merujuk kepada karya2 beliau untuk bangun balik..
Akhir kata dari bro tersebut, sentiasa muhasabah diri, jika dah futur, nak naik balik susah...
"Patut kita cuba muhasabah diri kita dengan apa yang digariskan Al-Quran dan sunnah, cukup atau tidak untuk kita letak diri kita sebagai individu muslim yang ideal"
Semoga bermanfaat... =) Kalau ada silap, minta sgt2 tolong betulkan.
Lalala~
Sharing something yang dapat from summer camp tu. Salin apa yang ustaz tu cakap yang saya rasa menarik sgt, penting untuk meningatkan diri agar tak tergelincir dilandasan yang tak sepatutnya...
1) Kita nak MULIA, hanya dengan ISLAM.
Apa yang saya faham, kita kalau nk cari kemuliaan or dengan kata lain, nak orang sanjung kita, biarlah ia disebabkan islam, kerana Allah. Bukanlah nak riak kita practice islam paling taerbaik, tapi we are muslims, then we should act like one. sebab selalu orang pandang Islam tu macam mana? sebab benda2 tersebut muslim yang buat. Jadi, kalau kita nak sedikit mulia itu daripada Rabbul 'Izzati yang Maha Mulia, why not kita practice islam tu betul2, seluruhnya, agar kita dimuliakan oleh-Nya..
2) Bila tak berZIKIR, KEMUNGKARAN demi KEMUNGKARAN terisi di dalam dada.
Berzikir-mengingati Allah.
Saya suka masa ustaz cakap, buat apa nak ingat si dia sesungguhnya sepenuh hati, yang kadanag2 dalam masa kita ingat tu, si dia bukan ingat kat kita balik. kadang2 SIKIIIT pun tak. kita yang perasan lebih.. Sedar tak, ada sesuatu yang CONFIRM akan ingat kat kita balik, kalau kita ingat Dia. Tahu x?? memang confirm infinity% So, mana satu yang akan anda dan saya pilih? percayalah, sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. Jadi, kalau tak ingat Allah, maka kita ingat benda lain, memang betullah, kemungkaran demi kemungkaran demi kemungkaran terisi di dalam hati.