Sharing something yang dapat from summer camp tu. Salin apa yang ustaz tu cakap yang saya rasa menarik sgt, penting untuk meningatkan diri agar tak tergelincir dilandasan yang tak sepatutnya...
1) Kita nak MULIA, hanya dengan ISLAM.
Apa yang saya faham, kita kalau nk cari kemuliaan or dengan kata lain, nak orang sanjung kita, biarlah ia disebabkan islam, kerana Allah. Bukanlah nak riak kita practice islam paling taerbaik, tapi we are muslims, then we should act like one. sebab selalu orang pandang Islam tu macam mana? sebab benda2 tersebut muslim yang buat. Jadi, kalau kita nak sedikit mulia itu daripada Rabbul 'Izzati yang Maha Mulia, why not kita practice islam tu betul2, seluruhnya, agar kita dimuliakan oleh-Nya..
2) Bila tak berZIKIR, KEMUNGKARAN demi KEMUNGKARAN terisi di dalam dada.
Berzikir-mengingati Allah.
Saya suka masa ustaz cakap, buat apa nak ingat si dia sesungguhnya sepenuh hati, yang kadanag2 dalam masa kita ingat tu, si dia bukan ingat kat kita balik. kadang2 SIKIIIT pun tak. kita yang perasan lebih.. Sedar tak, ada sesuatu yang CONFIRM akan ingat kat kita balik, kalau kita ingat Dia. Tahu x?? memang confirm infinity% So, mana satu yang akan anda dan saya pilih? percayalah, sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. Jadi, kalau tak ingat Allah, maka kita ingat benda lain, memang betullah, kemungkaran demi kemungkaran demi kemungkaran terisi di dalam hati.
فَاذْكُرُونِى أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
152. Therefore remember Me (by praying, glorifying). I will remember you, and be grateful to Me (for My countless favors on you) and never be ungrateful to Me.
(Al-Baqarah, 2:152)
3) Jangan sesekali rasa terbeban dengan Dakwah
Ambil daripada blog seorang rakan, 'Perjuangan itu pahit, kerana SYURGA itu manis'
Dakwah itu WAJIB, setelah anda mengucap dua kalimah shahadah. Anda dan saya adalah SAKSI (meaning of shahadah) diatas kebenaran. Barangsiapa tak melaksanakan shahadah ini, pandai2lah nk menjawab dan memberi alasan dihadapan Allah. Ya Allah, astaghfirullah, rasa macam berat kan... masa 1st time dengar, ada la macam berpinar2 sket mata, sakit kejap kepala..
Tapi! seorag kakak senior ni beri semangat pada kami, 'jangan rasa terbeban!' 'Tidakkah kamu rasa kamu cukup bertuah kerana dipilih oleh Allah, nak dibandingkan dengan orang yang sesat barat, yang akan masuk ke dalam neraka?' Fikir balik, ya Allah, besarnya nikmatmu. jadi, the kakak said, kuatkan hati, kita berdiri disini kerana hendak menyebarkan sesuatu yang benar itu, jadi rasalah gembira dengannya, bukan rasa terbeban, walaupun betul, tugas da'ie itu berat. sangat berat, kerana kita membawa amanah Allah, amanah yang kita pernah janji dengan Allah di luh mahfuz, yang apabila kita keluar ke bumi, kita akan sebarkan agama suci ini, bukanlah kita buat2 lupa tanggungjawab itu.'
Ok, setakat ni je dulu..
nanti saya tambah lagi....
Oh, boleh xkalau nak tuka background manees? hehe ;p
0 comments:
Post a Comment