Kita.....

السلام عليكم

sedar atau tidak, kadang kala hidup kita hari ini sama seperti hari-hari semalam. Bangun tidur, pergi kelas, belajar.







jumpa rakan-rakan

ulangkaji pelajaran




dan tidur semula...
tidak lupa juga beribadah kerana-Nya insya Allah :)


Bukankah sepatutnya hari ini lebih baik dari semalam??Hal ini demikian kerana kita lupa, hari semalam itu tidak pernah hilang, jadi kita mngulang kesilapan yang sama. Melakukan kesilapan itu adalah normal bagi semua orang tetapi melakukan kesilapan yang sama adalah sesuatu yang sangan merugikan!
Lumrah hidup manusia, apabila gembira, terasa bagai dunia itu kita yang punya. Mula cintakan dunia, lupa pada yang satu.. nauzubillah..




Tetapi apabila kesedihan datang, barulah kita sibuk2 memikirkan dimana silapnya. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana.
Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga.





Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa. aduhaiiiii.....







Walaupun ketika gembira, rakan itu ada, tetapi tidak semestinya ketika kita kesedihan dan mengharapkan sesuatu, rakan yang sama tetap ada..








Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan.






Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesedihan, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.
Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan? 




Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk mendekati-Nya.
 



Dalam seharian kita belajar bersungguh-sungguh, untuk menjadi seorang doktor yang dihormati, mampu menolong orang lain yang memerlukan, menggalas harapan yang diletakkan dibahu kita, janganlah sampai kita gunakan alasan ini untuk menjadi lebih jauh daripada-Nya.

andai kita berasa sedih sekalipun, alihkan pandangan kita ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. jika rasa kecewa dengan ujian yang menimpa, alihkan pandangan kita ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.


Kita juga punya keluarga yang banyk memberi galakan kepada kita. alangkah bertuahnya, jika hendak dibandingkan dengan mereka yang tidak punya siapa-siapa..


Ingatlah, sahabat sejati yang berkasih sayang kerana Allah, insya Allah akan membantu kita. Itulah salah satu sebab mengapa sahabat dicipta =)


Dengan izin Allah, jika hati milik Allah di dalam diri ini kuat,kita dapat mengharungi segala ujianNya,bukan lari daripadanya, walau seberat mana pun ujian itu.


Dengan kekuatan yang ada, berusahalah, tanpa melupakan-Nya walau sedetik pun, tawakal dan serahkanlah segalanya kepada yang Maha Besar, Maha Mengetahui segala sesuatu, yang terbaik untuk kita :) Insya Allah, jika redha Allah mengiringi kita, kita akan samapi kepada matlamat itu,reward itu, reward yang hakiki...

Syurga, untuk bertemu dengan Allah. ameen =))

Jadi, dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita...


1 comments:

Anonymous | March 9, 2010 at 7:28 PM

salam jiah!

waaaaaaaaaa! sooo sweet!
bestnye! post la kat ipip :)
hehehe

jazakillah jiah deary :)

-kBee