1000 Dinar vs 1000 Euro



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”



Assalamualaikum...
Ini dia ayat seribu dinar, antara ayat2 quran yang saya suka, yang sgt soothing, yang memang terbaekkk :)


INTRO                                                       
+ Ayat seribu dinar ini adalah daripada surah At-Talaq, surah ke-65, terdiri daripada sebahagian daripada ayat ke dua, dan ayat ke tiga (penuh).


KENAPA  AYAT 1000 DINAR?                                    
Ayat ini dahulu diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat daripada Nabi Khidir ketika belayar dilaut dengan mengatakan berkat amalkan ayat ini dan dengan izin Allah, hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.. hmmm... Allah lebih tahu :)


KEISTIMEWAAN                                                
Semua yang datang dariNya tidak satu pun yang sia-sia, apatah lagi mukjizat terbesar Nabi Muhammad itu yakni Al-Quran. Dulu masa dekat KTT, ada buat usrah pasal ayat 1000 dinar ni. Antara yang saya ingat, jika ayat ini diAMALkan, insya-Allah akan memberi beberapa kebaikan.
Ini yang saya ingatlah n ada yang saya search from google.
1) Murah rezekinya dengan izin Allah - rezeki datang dari arah yang tidak disangka2
2) Doa dimakbulkan dengan izin Allah
3) Urusan dipermudahkan, engan izin Allah
4) Mendidik kita untuk bertawakal kepada-Nya, setelah kita berusaha.
5) dan banyak lagi.....


Selalunya ayat ini diamalkan denagn membaca 3 kali selepas solat. Tapi kan, kenapa tidak diamalkan sahaja pada bila2 masa pun kan? Kan lagi mustajab dan elok...pahala pun dapat, kan?


ISU                                                         
Setelah saya meng-google perihal Ayat 1000 dinar ni, adala beberapa  isu yang tidak sedap di dengar berkaitan ayat ni. Bukan! bukan ayat ni yang silap! Tapi ayat ini telah deselewengkan penggunaanya, dengan cara yang tidak berkualiti lansung! Antaranya, ada yang menggantung/ menampal ayat ini di dinding2 kedai, dengan harapan ayat itu mampu melariskan perniagaan. Bukan! bukan begitu apa yang Allah suruh. rujuk sini ---> "Barangsiapa bertakwa kepada Allah" dan "Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah". Allah dah bagi hint kat sini, yang kalau kita bertakwa dan bertwakal, maka kita akan dapat apa yang dijanjikan oleh-Nya, iaitu rezeki dari arah yang tidak disangka2.


Sematkan didalam hati, sebatikan didalam diri. tak salah untuk kita tampal atau gantung dimana, agar mudah untuk kita amalkannya dan sentiasa membacanya, tetapi bukan untuk tujuan seperti diatas. salah tu! jadi, kita harus perbetulkan dimana yang silap, agar ibadah kita lebih berkualiti, insya Allah :)

Do widzenia! :)


Btw, title post agak merapu :D

1 comments:

~ini.asma~ | June 13, 2010 at 8:25 AM

suke2! x merapu pun, jzkk..
dkt rmh asma ade ayat seribu dinar. :S