Al-Muntalaq

Assalamualaikum...

Ni juga salah satu content Camp hari tu.. Seorang brother telah membincangkan pasal buku ni, Al-Muntalaq, karya Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rashid. So, saya bagi isi2 penting yg dibentang bro tersebut ok.

Btw, saya ada jumpa link untuk download e-book, buku ini. moga bermanfaat.

  • Definisi Al-Muntalaq -> permulaan, titik tolak.
  • Tarikan da'ie mukmin 1) tarikan KEIMANAN(+)          2) tarikan SYAITAN (-)
  • Fiqh dakwah - cara perlaksanaan dakwah
  • Tanggungjwab dakwah sama wajibnya dengan tanggungjawab solat
Dari Mu'az bin Jabal, 
  إجلس بنا نؤمن ساعة
'Marilah kita duduk untuk beriman sejenak'
  • Iman - percaya dan yakin sehingga terlaksana dengan amal
  • 'Aqidah - perkara/konsep yang perlu diimani (kepercayaan), hal2 aqidah banyak terdapat dalam juz 'amma.
  • 'Aqidah perlu jalan seiring dengan keimanan.
  • Then, the bro bagi satu contoh hukum..


 -2 orang muslim bergaduh lawan pedang, seorang jahat seorang baik, last2 yg baik mati. 
-dua2 masuk neraka, sebab.....
-yang jahat kita tahu kenapa
-yang baik?? sebab dia angkat pedang, dengan niat utk berlawan.
-darah seorang muslim adalah haram keatas seorang muslim yang lain..
-THE END-

  • Futur - slow down, menurun. (Fitrah - semulajadi)

Soalannya, bolehkah futur dalam berdakwah??? Hmm....

  • Manusia - 1) Akal  2) Jasad   3) Hati (9)
Seperti firman Allah dalam surah as-sajadah ayat 7-9

bismillahirrahmanirrahim..
الَّذِى أَحْسَنَ كُلَّ شَىْءٍ خَلَقَهُ وَبَدَأَ خَلْقَ الإِنْسَـنِ مِن طِينٍ (7)- ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلاَلَةٍ مِّن مَّآءٍ مَّهِينٍ (8)- ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالاٌّبْصَـرَ وَالاٌّفْئِدَةَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُون(9

7. Who made everything He has created good and He began the creation of man from clay.8. Then He made his offspring from semen of despised water.9. Then He fashioned him in due proportion, and breathed into him the soul; and He gave you hearing, sight and the sense of deduction. Little is the thanks you give!




  • Kumpulan saranan buku Al-Muntalaq -> MC (muslim committed) and MD (muslim dakwah/da'ie)
*ingat lagi bulat2 yang ada MA (masyarakat awam) sampai ME (muslim extreme) tu? haa, MC n MD terkandung dalam benda tu lah.. (sila byngkan, x tahu mcm mana nk tunjuk T_T) 
- juga bertujuan untuk mendidik MC kearah MD..

LANGKAH-LANGKAH YANG DIGARISKAN
  • Tajarrud - menyerahkan diri hanya untuk ISLAM, membebaskan diri dari semua benda, hanya pilih satu.
"Setiap kelahiran itu dilahirkan diatas fitrah.' - sabda Rasulullah s.a.w
-The bro terangkan begini, setiap manisia tu mengikat dirinya denagn banyak benda. Contoh, Islam, harta, teknologi (internet, fb, ps2, dll), study, entertainment (tv, movies, dramas), bola (hoho ni beliau bagi ye).
-hal ini menyebabkan manusia tersebut tidak tajarrud, sedangkan yang dikehendaki-Nya ialan tajarrud.


-Jadi bagaimana?? begini..... Letakkan prioriti (ISLAM), lepaskan semua benda yang terikat dengan diri kita ni kecuali prioriti td(islam) dan kemudian kaitkan semaunya dengan Islam.. Maka, tinggal satu je arrow yang point kearah kita...
-Contoh, boleh ber-ffb, tapi kita jadikan ia sebagai medium utk berdakwah.Boleh berharta, pastikan dari sumber yang halal, cari harta kerana Allah, sedekahkan sebahagian, berzakat. Study, niatkan kerana Allah.
-TADAAAA... pahala dapat, tajarrud pun dapat!
-lepaskan diri anda dari belenggu!

  • Zuhud terhadap dunia
-Zuhud bermaksud rendah diri.
-Bukanlah MEMBUANG dunia, seperti pakai pakaian compang-camping, pakai kereta paling buruk sekali, makan sisa2 sahaja etc2..
-tak salah jadi kaya, cuma janagn mengikat diri dengan harta, letakkan dunia di tangan, bukan di hati..
-Seperti firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 14-15, Bismillahirrahmanirrahim..

زُيّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوتِ مِنَ النّسَآء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَـطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالانْعَـمِ وَالْحَرْثِ ذلِكَ مَتَـعُ الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَأَبِ- قُلْ أَؤُنَبّئُكُمْ بِخَيْرٍ مّن ذلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْاْ عِندَ رَبّهِمْ جَنَّـتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الاْنْهَارُ خَـالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْونٌ مّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
14. Beautified for men is the love of things they covet; women, children, Qanatir Al-Muqantarah of gold and silver, branded beautiful horses (Musawwamah), cattle and fertile land. This is the pleasure of the present world's life; but Allah has the excellent return with Him.) (15. Say: "Shall I inform you of things far better than those For those who have Taqwa there are Gardens (Paradise) with their Lord, underneath which rivers flow. Therein (is their) eternal (home) and Azwajun Mutahharatun (purified mates or wives). And Allah will be pleased with them. And Allah is All-Seer of the servants.''

  • Menjauhkan diri dari fitnah
-Fitnah disini bukan bermaksud mcm menyebarkan benda2 xbenar tu, tetapi bermaksud, perkara2 yag menghalang dakwah.
-Terbahagi kepada 2 iaitu 1) kesenangan seperti harta, kerja, dan 2) kesusahan seperti kemiskinan, tiada kemudahan, busy.
-ini adalah ujian datang dari diri sendiri, so perlu selesaikan sendiri..
-Untuk menjadi da'ie, perlu hilangkan segala fitnah ini...

  • SABAR atas segala mehnah
-mehnah bermaksud dugaan, ujian yang datang dari luar (berbeza dgn fitnah tadi, yang datang dari diri sendiri)
-Contoh mehnah ialah orang yang menentang dakwah, ujian dari[ada Allah, orang yang anti-usrah etc2
-Solution -> SABAR,  sebab manusia2 sekalian bukan dalam kuasa kita untuk ubah mereka. dan juga, doa, minta Allah permudahkan kerana hati manusia ni, hanya Allah yang pegang..
-Untuk kemudahan yang lebih berkesan, sentiasa bersedia even belum menerima mehnah. Expect the unexpected ye...

  • Memahami seni memimpin Ummah
-Jadi pemimpin untuk apa??
_merujuk firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 74, bismillahirrahmanirrahim..


وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
"............make us leaders of those who have Taqwa"


-Jadi, kita kena menjadi pemimpin ketaqwaan...
-Jadi pemimpin/orang yang memberi kesan, bukan asal buat, cukuplah.. tengok seperti Imam Hassan Al-banna, kesungguhnanya dan niat murninya kerana Islam, kerana ALlah, umat Islam sekarang banyak merujuk kepada karya2 beliau untuk bangun balik..


Akhir kata dari bro tersebut, sentiasa muhasabah diri, jika dah futur, nak naik balik susah...


"Patut kita cuba muhasabah diri kita dengan apa yang digariskan Al-Quran dan sunnah, cukup atau tidak untuk kita letak diri kita sebagai individu muslim yang ideal"


Semoga bermanfaat... =) Kalau ada silap, minta sgt2 tolong betulkan.

Lalala~

Assalamualaikum...
Sharing something yang dapat from summer camp tu. Salin apa yang ustaz tu cakap yang saya rasa menarik sgt, penting untuk meningatkan diri agar tak tergelincir dilandasan yang tak sepatutnya...






1) Kita nak MULIA, hanya dengan ISLAM.
Apa yang saya faham, kita kalau nk cari kemuliaan or dengan kata lain, nak orang sanjung kita, biarlah ia disebabkan islam, kerana Allah. Bukanlah nak riak kita practice islam paling taerbaik, tapi we are muslims, then we should act like one. sebab selalu orang pandang Islam tu macam mana? sebab benda2 tersebut muslim yang buat. Jadi, kalau kita nak sedikit mulia itu daripada Rabbul 'Izzati yang Maha Mulia, why not kita practice islam tu betul2, seluruhnya, agar kita dimuliakan oleh-Nya..





2) Bila tak berZIKIR, KEMUNGKARAN demi KEMUNGKARAN terisi di dalam dada.
Berzikir-mengingati Allah.
Saya suka masa ustaz cakap, buat apa nak ingat si dia sesungguhnya sepenuh hati, yang kadanag2 dalam masa kita ingat tu, si dia bukan ingat kat kita balik. kadang2 SIKIIIT pun tak. kita yang perasan lebih.. Sedar tak, ada sesuatu yang CONFIRM akan ingat kat kita balik, kalau kita ingat Dia. Tahu x?? memang confirm infinity% So, mana satu yang akan anda dan saya pilih? percayalah, sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. Jadi, kalau tak ingat Allah, maka kita ingat benda lain, memang betullah, kemungkaran demi kemungkaran demi kemungkaran terisi di dalam hati.


 فَاذْكُرُونِى أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
 152. Therefore remember Me (by praying, glorifying). I will remember you, and be grateful to Me (for My countless favors on you) and never be ungrateful to Me.
(Al-Baqarah, 2:152)



3) Jangan sesekali rasa terbeban dengan Dakwah
Ambil daripada blog seorang rakan, 'Perjuangan itu pahit, kerana SYURGA itu manis'

Dakwah itu WAJIB, setelah anda mengucap dua kalimah shahadah. Anda dan saya adalah SAKSI (meaning of shahadah) diatas kebenaran. Barangsiapa tak melaksanakan shahadah ini, pandai2lah nk menjawab dan memberi alasan dihadapan Allah. Ya Allah, astaghfirullah, rasa macam berat kan... masa 1st time dengar, ada la macam berpinar2 sket mata, sakit kejap kepala..

Tapi! seorag kakak senior ni beri semangat pada kami, 'jangan rasa terbeban!' 'Tidakkah kamu rasa kamu cukup bertuah kerana dipilih oleh Allah, nak dibandingkan dengan orang yang sesat barat, yang akan masuk ke dalam neraka?' Fikir balik, ya Allah, besarnya nikmatmu. jadi, the kakak said, kuatkan hati, kita berdiri disini kerana hendak menyebarkan sesuatu yang benar itu, jadi rasalah gembira dengannya, bukan rasa terbeban, walaupun betul, tugas da'ie itu berat. sangat berat, kerana kita membawa amanah Allah, amanah yang kita pernah janji dengan Allah di luh mahfuz, yang apabila kita keluar ke bumi, kita akan sebarkan agama suci ini, bukanlah kita buat2 lupa tanggungjawab itu.'

Ok, setakat ni je dulu..
nanti saya tambah lagi....

Oh, boleh xkalau nak tuka background manees? hehe ;p

Usul 20




Assalamualaikum..
Ini sedikit yang saya dapat from summer Camp hari tu. nanti update lagi. maaf ye cik naqlis, lambat :p hihi1st session belajar usul 20. memandangkan saya datang lambat kann, so dapat tau sikit je la, n sikit je yg dapat saya salin. and that night, fortunately, ada seorang akak summarized  apa dia usul 20 ni.hmm boleh la, faham sikit... kalau x masa mula2 dantang, muka mcm ni ha -> MSN Onion Emoticon dengan kemengantukan yang melampaui batas sebab tak faham.. Onion Emoticon Set


Ohh...lepas diterangkan, barulah saya faham sikit2 ape usul 20 ni.. Menurut akak yang saya lupa namanya (sori isk3) usul 20, ialah usul2 yang diketengahkan Imam Hassan Al-Bana yang mengkaji dan memerhati betapa teruknya realiti umat islam ketika itu, yang hanya islam pada nama, tapi tidak pada bahagian2 lain.. Islam itu syumul jadi sepatutnya dipraktikkan in each second of our life. Imam Hassan Al-Bana yang merupakan ulama di mesir pada masa itu kerapkali berjumpa dengan para ulama2 mesir yang lain untuk membincangkan masalah umat yang semakin sakit ini.. Mujurlah beliau sedar akan perkara ini awal (dalam 1920-an) before the last caliph in Turkey digulingkan si mustafa kamal attartuk yang durjana itu pada tahun 1924 (betulkan kalau silap). 


Setelah berbincang dan membuat penelitian terhadap al-quran dan hadith2 sahih, akhirnya terhasillah usul 20 ini. banyak kali akak itu mengingatkan bahawa usul 20 ini bukan lah pembaharuan dalam islam, sebaliknya, kandungan dan inti pati al-quran yang dipermudah-fahamkan dalam 20 cara yang diexcrept bagi memudahkan kita,  generasi yang kurang faham al-quran ini untuk memahami dan mempraktikkan apa yang patut dibuat as a muslim. semua usul yang diektengahkan ada didalam al-quran, cuma kadang2 kita terlepas pandang, kita padang tapi tak faham atau memang tak pandang lansung.. 


jadi, generasiku, marilah balik semula kepada Islam yang sebenar, untuk memartabatkan semula umat ini, untuk mengubat umat yang semakin sakit ini, semoga suatu hari nanti kita dapat menjadi ustaziatul alam (rujukan/tumpuan seluruh alam) seperti yang pernah dikecapi dahulu oleh tamadun2 islam sebelumnya..


Ok, usul 20 ni sangat panjang kerana ia adalah sebuah buku karangan Imam Hassan Al-Bana. jadi, untuk menerangkan segala isi dan inti pati, amatlah panjang. Lagipun, saya baru belajar sampai usul 7, tu pun tak sedalam2nyalah.. the rest, the akak said that my kakaks usrah will handle them.. so, maybe saya akan post sikit2 nanti.
Akhir kata, semoga bermanfaat ye.. =)



Pabila hati merintih@_@

Ya Allah..
Syukurku padaMu tidak terhingga
Menyedarkan aku pada malam penuh rahmat
Menangisi kealpaanku terhadapMu
Tuhanku..
Terkadang aku leka
Terkadang aku lalai
Terkadang aku hanyut dalam nikmat dunia
Nikmat yang hanya sementara buatku
Ya Ghafur
Ampunkanku pada saat aku lupa padaMu
Ampunkanku saat aku lebih mengutamakan keluargaku dariMu
Ampunkanku saat aku lebih byk mengisi masaku bersama rakan2ku dariMu
Ampunknku di saat aku hanyut dlm angan2 ciptaan syaitan
Ampunkan aku di saat aku lalai mengingati ajal yg bakal menjemputku entah bila
Ya Rahim
Kau kuatkanlah imanku
Kau tetapkanlah hatiku pada agamaMu
Kau teguhkan aku dalam istiqamah beribadah kepadaMu
Kau hadirkanlah keinsafan tatkala langkahku jauh dari suruhanMu
Ya Mujibu Dua'
Kau terimalah setiap amalanku
Kau makbulkanlah doaku
Kau berkatilah hidupku
agar aku sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu
Ya Rahman
Kau hadirkanlah aku seorang yang dapat membimbingku
Kau tetapkanlah untukku seorang yang dapat mendidikku
Kau datangkanlah aku seorang yang teguh,tetap imannya padaMu
agar dia dapat memimpin aku bersamanya
membawa aku dalam perjuangannya
bersama-sama mencari redhaMu
agar tidak rugi walau sesaat hidupku
terus mencari kasih dan sayangMu
agar aku bersedia dan bahagia
dalam perjalanan untuk bertemu denganMu Ya Rabbi.............