Mabuk Cinta Ilahi :D


Assalamualaikum w.b.t...
hehe title agak terkejut disini :) tapi xsalah kan.kalau mabuk cinta kepada-Nya?
Hari ini, ada 1 kisah teladan yang saya nk cerita, diambil dari buku kisah-kisah teladan yang kisahnya diambil daripada sebuah kitab karangan Imam Ghazali tapi saya akan simplify sikit dan dalam bahasa yang lebih mudah. Ceritanya begini... (btw, warga manees, ni la cerita yg kite cite time usrah past few weeks)


Pada suatu hari, Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda itu ternampak Nabi Isa, dia terus berkata, "Wahai Nabi Isa, kamu mintalah kepada Tuhanmu agar dia memberi seberat zarrah cintaku kepada-Nya."
Nabi Isa a.s menjawab, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya dengan seberat zarrah itu."
Pemuda itu berkata lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarrah, maka mintalah untuk setengah berat zarrah."
Oleh kerana keinginan  pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa pun berdoa, "Ya Allah, berikanlah setengah berat zarrah cintanya kepadaMu." Selepas berdoa, Nabi Isa berlalu pergi...


Selang beberapa lama, Nabi Isa a.s pergi semula ke tempat itu untuk berjumpa pemuda yang memintanya berdoa itu tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa pemuda itu. Lalu, Nabi Isa pun bertaya kepada orang yang lalu lalang disitu dan salah seorang daripada mereka berkata bahawa pemuda itu telah menjadi gila dan kini berada diatas gunung.
Nabi Isa a.s berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah ketempat adanya pemuda itu. Setelah berdoa, Nabi Isa a.s dapat melihat pemuda itu berada diantara gunung-ganang dan sedang duduk diatas sebuah batu besar, matanya merenung ke langit.


Nabi Isa a.s pun memberi salam kepada pemuda itu tetapi tidak dijawab lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."
Kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya terdapat kadar setengah berat zarrah cintanya kepada Ku. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak menegtahuinya."


Hmmm cuba bayangkan kadar berat cinta kepadaNya setengah zarrah sudah mampu membuat dia menjadi gila dan terlalu mabuk cinta Ilahi, sampaikan tidak mahu melepaskan pandangannya sedikitpun daripada langit itu. Jadi, seberapa berat pula cinta kita kepada Dia, kalau kita masih begini? Kita kata kita cintai Dia sungguh2 sedangkan cinta itu setengah berat zarrah pun xsampai, kan? Sugguh, Dialah yang memegang hati kita, Dia sendiri yang memiliki cinta itu, jadi sentiasalah kita berdoa kepada-Nya, agar kecintaan yang seberat kurang daripada setengah zarrah itu kekal sampai hari kita bertemu dengan Dia. Aminn

Bismillahirrahmanirrahim..
"dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu."
(Al-Hijr, 15:99)

Sedikit scientific notes disini, taken from wiki..wee~
Zarrah = Atom
mass of an atom = 1/12 mass of a free neutral atom of carbon-12 = 1.66 × 10−27 kg
So..... mass of half of atom = (1.66 × 10−27 kg)/2 = ???? 

Berapa? Mari kita kira sama2 :)

3 comments:

Anonymous | May 9, 2010 at 6:02 PM

salam jiah!

heee
waaaa bestnye,
marilah insyaAllah tambah kn cinta kta

~jealous tandanye cinta :)

Elle | May 9, 2010 at 9:08 PM

salam, jiah...

meh cni kak jwb,
(1.66 × 10−27 kg)/2=8.3*10-28 (- beribu2 lemon bintik hitam yamg telah melekat di dalam hati) = baki yang tinggallll......alamak, MATH ERROR!!!

=p

~ini.asma~ | June 13, 2010 at 8:32 AM

haha, lawak je k elle..
bestnye jiah! kt nk gak allah ayg kt. :{